Kisah gajah sarkas bernama Topsy, diseksa dan dizalimi sehingga mati dengan kejutan elektrik

Kisah gajah sarkas Topsy yang diseksa, dizalimi sehingga mati dengan kejutan elektrik. Topsy adalah gajah betina yang lahir sekitar tahun 1875 di Asia Tenggara.

Ia dibawa secara haram ke Amerika Syarikat semasa masih bayi dan dijadikan haiwan sarkas di Forepaugh Sarkas.

Forepaugh Sarkas telah memberi keterangan palsu dengan menyatakan bahawa Topsy adalah gajah pertama yang lahir di Amerika Syarikat.

Selama puluhan tahun menjadi gajah sarkas, Topsy dianggap sebagai gajah yang berbahaya setelah Topsy membunuh seorang penonton Sarkas pada tahun 1902.

Sifatnya jadi begitu tidak lain dan tidak bukan adalah hasil dari latihan dan perlakuan kejam yang diterimanya selama bertahun-tahun. Topsy sering dipukul dan diancam dengan benda-benda yang berbahaya.

Ekor Topsy yang bengkok juga adalah bukti hasil pukulan yang kuat terhadapnya. Pada suatu hari, Blount (pelatih Topsy) pergi ke arah Topsy dan cuba memberinya minum wiski. Namun, gajah itu menolak wisky tersebut hingga membuatkan Blount menjadi marah. Topsy yang tidak tahan diseksa kemudian cuba melawan dan berakhir dengan terbunuhnya Blount.

Topsy kemudian dijual kepada seorang ahli perniagaan bernama Paul Boynton, pemilik Sea Lion Park di Coney Island.

Pada akhir tahun 1902, Sea Lion telah dilelong dan ditukar namanya menjadi Luna Park. Di sana, Topsy telah terlibat dalam beberapa insiden terkenal yang juga dikaitkan dengan pemilik baru taman tersebut iaitu Frederick Thompson dan Elmer Dundy.

Oleh kerana biaya perawatan yang tinggi dan juga tidak ada yang dapat menangani Topsy, Thompson dan Dundy kemudian berusaha untuk menyingkirkannya. Tetapi disebabkan Topsy terkenal sebagai gajah yang berbahaya, tidak ada zoo atau tempat pertunjukan yang mahu membelinya. Akhirnya Topsy diputuskan akan dihukum mati.

Gajah setinggi 10 kaki itu mengikut perancangan akan digantung di sebuah taman, tetapi sebuah lembaga masyarakat Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan menolak kaedah itu kerana dianggap sangat kejam.

Pemilik Luna Park kemudian beralih ke penemuan arus elektrik terbaru pada masa itu. Mereka mendapat maklumat mengenai arus elektrik alternating current(AC) dan memutuskan hukuman dengan kejutan elektrik akan menjadi kaedah yang lebih manusiawi untuk membunuh Topsy.

Hari perlaksanaan hukuman pun ditetapkan pada 4 Januari 1903. Ribuan orang berkumpul di halaman Luna Park yang ketika itu masih dalam proses ubah suai.

Di depan kerumunan wartawan dan tetamu undangan, Topsy kemudian diberi makan lobak yang telah dicampuri dengan racun sianida. Bagaikan tahu apa yang bakal dihadapinya, Topsy menolak makanan itu.

Kaki Topsy kemudian ditempatkan di sebuah tempat pemijak tembaga agar arus dapat dialirkan dengan mudah. Arus elektrik sekuat 6,600 volt kemudian dialirkan ke tubuhnya hingga membuatkan Topsy terjatuh ke tanah dan mati.

Walaupun ia sudah dinyatakan mati, para pekerja masih menjerut tali di lehernya selama 10 minit untuk memastikan Topsy betul-betul mati.

Di antara para tetamu yang hadir pada hari itu adalah kru dari Syarikat filem Edison Manufacturing yang merekodkan hukuman mati tersebut.

Filem itu lalu dikeluarkan dan ditonton di kinetoscope berjudul ” Electrocuting an Elephant “. Filem dokumentari hitam putih tanpa suara itu sekaligus menjadi kematian haiwan pertama yang difilemkan dalam sejarah.

Baca juga: Kahwin 12 tahun tapi tak ada anak, isteri ini pasangkan pelamin buat suami dan madu