Umum mengetahui Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) adalah antara universiti yang bertapak lama di negara kita.
Tahukah anda pada tahun lepas, telah genap 100 tahun sambutan penubuhan UPSI yang telah melalui empat jenis era.
Bertapak di Tanjung Malim, Perak, bangunan ini telah disiapkan pada tahun 1922 dan reka bentuk bangunannya pula mengambil unsur ala-gothic zaman pertengahan.
Boleh bayangkan berapa lama universiti ini telah wujud dan pasti pelbagai peristiwa telah berlaku sepanjang kewujudannya.
Tular di laman sosial Tiktok, pengguna akaun Tiktok mendakwa pada tahun 1948 lebih 100 mayat dan tulang temulang ditemui di sebuah tapak.
Mendakwa tapak tersebut adalah lokasi hukuman pancung dan markas tentera Jepun, video yang ditularkan juga menceritakan keadaan maktab berkenaan selepas selesai Perang Dunia Kedua.
Mereka menemui ratusan mayat bergelimpangan serta tengkorak manusia yang tertanam di belakang padang kecil Muzium Pendidikan UPSI ini.
Namun ia telah digunapakai semula dan menjadi Laluan Warisan Sejarah UPSI untuk pembelajaran sejarah orang ramai.
“Pelajar nampak askar Jepun berkawad”
Video yang tular itu mendapat respon dari bekas pelajar yang menceritakan pengalaman seram ketika belajar di sana.
Walaupun begitu, tidak semua bersetuju akan dakwaan yang dilemparkan oleh pemilik akaun itu dan mengatakan tidak pernah bertemu dengan entiti yang disebut walaupun melalui kawasan itu waktu lewat malam.
Baca juga: Kalau jodoh tidak kemana! Lelaki kahwini bayi dilihat dalam ‘stroller’ 20 tahun lalu