Kurang 10 jam, muzik video DS Vida cecah lebih 100,000 tontonan. Video muzik terbaru Datuk Seri Vida yang disiarkan pada jam 3 pagi tadi, kini sudah mencecah hampir 100,000 tontonan kurang dari 10 jam dimuat naik di laman rasminya di YouTube.
Muzik video berdurasi 5 minit 23 saat itu memaparkan DSV dengan lapan karakter dan baju yang ‘over the top‘. Boleh dikatakan karakter diperlihatkan hampir sama dengan DSV yang selalunya pakai baju yang menarik perhatian ramai, yang berbeza untuk musiz video kali ini adalah lebih kepada arah solekan yang dilihat lebih bold daripada yang biasa DSV cuba.
Rata-rata netizen memberi sokongan terhadap lagu terbarunya itu.
“Menghiburkan, sebagai penonton yang bukan dari latar belakang musik, bagi saya nak kata sedap sangat pun tidak, nak kata tak sedap pun tidak. Ada jalan cerita yang mudah difahami dalam musik video ini dan boleh relate dengan situasi kehidupan Datuk. Terima kasih kerana sudah menghiburkan. Musik video yang gempak.
“Konsep dia sebenarnya gempak kalau semua faham, lirik dia serius sangat best. Kalau tengok dari awal sampai akhir mendalam maksud video ini cuma macam over bagi kita yang marhaen”, komen di ambil dari youtube akaun milik DSV.
Lagu Kuikhaskan yang mempunyai irama era 90an boleh dikatakan catchy ini sekali dengar boleh lekat dalam kepala. Namun kalau DSV boleh belajar mimik muka yang lebih baik pastinya muzik video akan jadi lebih baik.
Lagu yang boleh dikatakan bergenre sedih ini agak tidak sesuai dengan konsep yang dilakukan oleh DSV. Mungkin hanya orang seni sahaja boleh faham dan bukan orang biasa.
DSV di bawah videonya itu turut meninggalkan komen menjelaskan lagu tersebut bukan hanya sekadar peribadi tapi sarat dengan emosi duka lara yang dialami oleh dirinya sendiri.
“Keperitan, kehilangan, kecaman bertubi yang saya hadapi sekecil perkara diambil kira. Sebesar hama ditimbang tara.
“Pembikinan lagu dan muzik video ini adalah salah satu usaha saya untuk mengumpul dana bagi menyiapkan Pusat Tahfiz dan syahadah sebagai saham akhirat”.