Kurang menaip ketika bekerja di rumah, wanita ini dibuang selepas bekerja 18 tahun

Akhbar Mirror UK melaporkan, seorang wanita dari Australia dipecat dari pekerjaannya selepas didapati tidak menaip dengan kadar yang mencukupi ketika bekerja di rumah.

Suzie Cheikho terkejut apabila mendapati dirinya dipecat setelah bekerja selama 18 tahun di syarikat Kumpulan Insurans Australia (IAG).

Antara kerja Cheikho ialah mencipta dokumen insurans, memenuhi garis masa kawal selia dan mengendalikan ‘tugas bekerja dari rumah’.

Namun setelah diteliti, Suruhanjaya Kerja Adil(FWC) telah mendapati wanita itu sering terlepas tarikh akhir dan juga mesyuarat ketika bekerja dari rumah.

Dia menghadapi semakan aktiviti siber yang meneliti kekerapan papan kekunci komputernya ditekan, selama tempoh 49 hari bekerja antara Oktober dan Disember 2022.

Berikutan semakan, Cheikho telah direkodkan bekerja selama 47 hari tetapi tidak hadir bekerja selama 44 hari mengikut jadual yang ditetapkan. Beliau juga dituduh menyelesaikan kerja lebih awal dalam masa 29 hari dan menjalani empat hari tanpa sebarang jam kerja.

Dia menafikan perkara itu dan memberi alasan sering menggunakan peranti lain untuk melakukan kerjanya.

Permohonannya untuk pemecatan tidak adil juga telah ditolak oleh Timbalan Presiden FWC, Thomas Roberts.

Baca juga: “Disuruh berhenti kerja dan dibagi nafkah RM1k, kali pertama jumpa terus buat aku nak muntah sebab…”