Kurangkan jenayah rogol, Thailand pertimbang mandulkan pesalah seks. 5,000 daripada kira-kira 16,000 pesalah seks yang dibebaskan dari penjara Thai antara 2013 hingga 2020, kembali melakukan perbuatan sama menurut angka jabatan pembetulan.
Pesalah jenayah berkaitan seks di Thailand akan ditawarkan rawatan pemandulan secara suntikan kimia dalam usaha untuk mengurangkan pengulangan jenayah serupa, lapor akhbar Daily Star, semalam.
Harap kaedah tersebut dapat kurangkan jenayah rogol
Menteri Kehakiman Thailand, Somsak Thepsuthin berkata, beliau percaya rawatan itu akan mengurangkan angka kesalahan semula secara drastik.
“Saya mahu undang-undang ini diluluskan dengan cepat.
“Saya tidak mahu melihat berita tentang perkara buruk berlaku kepada wanita lagi,” tegasnya.
Ubah mentaliti, pastinya ada pesalah yang mahu berubah
Namun begitu, Pengarah Yayasan Gerakan Progresif Wanita dan Lelaki anti-jenayah, Jaded Chouwilai tidak yakin bahawa rawatan kontroversi itu akan menangani jenayah seks.
“Pesalah harus dipulihkan dengan mengubah minda mereka semasa di penjara.
“Menggunakan hukuman seperti hukuman mati atau pemandulan kimia hanya mengukuhkan idea bahawa pesalah tidak mempunyai peluang untuk menjadi seperti orang normal,” ujarnya.
Teknik pemandulan atau kastrasi kimia adalah prosedur perubatan di mana cecair ‘leuprolide acetate’ disuntik ke dalam aliran darah subjek untuk mengurangkan keinginan seksual.
Rawatan kontroversi itu telah digunakan di beberapa negara termasuk India, Korea Selatan, Australia dan beberapa negeri di Amerika Syarikat. – Agensi
Baca Juga: Suspek kes pecah rumah tikam anggota polis dengan gunting, mahu elak diri daripada ditahan
Baca Juga: Inai asyik kena kritik macam tersepit pintu, Neelofa buat video jawab soalan netizen