Seorang lelaki gelandangan di Britain telah meraih pendapatan melebihi £20,000 (RM114,350) setahun hasil dari sumbangan penduduk tempatan dan kini dia dilarang dari melakukan rutinnya oleh Mahkamah Majistret Lincoln.
Laporan dari akhbar Mirror UK menyatakan bahawa seorang lelaki bernama James Chamber, 30 tahun, mampu memperoleh sebanyak £420 (RM2,400) setiap minggu dengan aktiviti mengemis di luar restoran McDonald’s di pusat bandar Lincolnshire.
Chambers telah didakwa dengan 13 kesalahan berkaitan mengemis dan satu kesalahan berkaitan ketenteraman awam di Mahkamah Majistret Lincoln.
Dakwaan ini berkaitan dengan aktivitinya sebagai peminta sedekah dan tindakan yang mungkin telah mengganggu ketenteraman awam.
Semasa perbicaraan pada 15 September yang lalu, hakim mengatakan bahawa Chambers sering menerima wang tunai, barangan, dan makanan daripada orang ramai sebagai sebahagian daripada aktiviti pengemisannya.
Dia kemudiannya diberikan perintah tingkah laku jenayah (CBO) yang melarangnya duduk di atas lantai atau mengumpul wang.
Selain itu, sebagai sebahagian daripada hukuman atau perintah mahkamah, James Chambers juga telah dilarang daripada mendekati sesiapa sahaja untuk meminta wang atau barangan di bandar Lincolnshire.
Baca juga: Bukit Bendera tersenarai sebagai ‘tourist trap’ paling teruk di Asia, siap dilabel tiket cekik darah