Lagi kes rogol di kelantan, remaja hamil selepas dirogol dua lelaki

  • Post author:

Lagi kes rogol di kelantan, remaja hamil selepas dirogol dua lelaki. Mangsa yang berusia 14 tahun dirogol oleh dua lelaki dalam kejadian berasingan di kediamannya di Pasir Mas.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, berdasarkan pengakuan pengadu (mangsa), dia telah menjalankan pemeriksaan kesihatan pada 9 Jun lepas di Klinik Kesihatan Daerah Pasir Mas, untuk mendapatkan buku rekod kesihatan ibu mengandung.

“Setelah pengadu berjumpa dengan pegawai perubatan, mangsa diminta merujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan kerana pengadu telah mengandung di bawah umur.

“Tempoh kandungan pengadu adalah tiga bulan satu hari,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani

Susulan itu, pihak polis telah menerima satu laporan pada 9 Jun lepas dan menjalankan siasatan dengan mengambil keterangan dari mangsa.

Menurut Muhamad Zaki, hasil rakaman percakapan mangsa mendapati dia telah dirogol oleh seorang lelaki berusia 22 tahun pada 19 Februari lepas.

Katanya lagi, mangsa juga telah dirogol pada 28 Mac lalu, melibatkan lelaki berlainan yang berusia 17 tahun.

Kedua-dua kejadian berlaku di rumah mangsa.

Muhamad Zaki turut memaklumkan, mangsa telah berhenti sekolah serta tinggal bersama dengan datuk dan neneknya sejak berusia 1 tahun.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Baca Juga: Tergamak rogol adik kandung sehingga mengandung

Baca Juga: Tidak perlu panjang berjela, nama mereka ini senang cikgu, kawan nak panggil