Tergamak rogol adik kandung sehingga mengandung

  • Post author:

Tergamak rogol adik kandung sehingga mengandung. Mangsa yang juga pelajar tingkatan satu itu dikatakan mengandung selepas beberapa kali dirogol suspek yang beusia 21 tahun.

Suspek berusia 21 tahun yang bekerja sebagai petani itu ditahan di rumahnya, di sini, jam 2.50 petang Khamis lalu.

Menurut Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian itu terbongkar apabila pihak hospital membuat laporan petang semalam susulan mangsa mendapatkan rawatan akibat sakit perut di Hospital Kajang, Selangor.

Menurutnya, hasil pemeriksaan itu mendapati mangsa berusia 13 tahun disahkan mengandung 26 minggu.

“Siasatan awal mendapati, mangsa melakukan hubungan seks bersama abang kandungnya beberapa kali.

“Kejadian berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa mangsa sehingga mangsa disahkan mengandung,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas laporan dan maklumat diterima, pihaknya menahan suspek di rumahnya dan pemeriksaan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

“Hasil semakan dibuat mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkait kes dadah.

“Suspek kini ditahan reman sehingga 9 Jun dan disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya.

Muhamad Zaki berkata, berdasarkan peningkatan kes jenayah seksual di kalangan remaja yang mana membabitkan pelajar sekolah, pihak polis menyeru kepada semua ibu bapa dan juga semua guru supaya memberikan perhatian dan cakna dengan keselamatan mereka.

“Pihak polis juga menggesa masyarakat untuk memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat terhadap segala perlakuan serta kegiatan jenayah,” katanya.

Setiap hari kita digemparkan dengan kes rogol, daripada guru, keluarga sendiri sehingga dirogol orang yang tak dikenali. Adakah masih menyalahkan kaum wanita dalam hal ini?

Baca Juga: Remaja pengsan di sekolah dedah kisah hitam dirogol bapa kandung

Baca Juga: Sempena PBAKL 2022: Menjulang kembali dunia buku, terjemah dengan amarah dan cinta