Lama tahan sabar, lelaki dedah tunang curang dengan abang sendiri di majlis kahwin

  • Post author:

Pastinya setiap pasangan mahukan kehidupan perkahwinan dengan orang yang kita mahu bersama selamanya, namun lelaki ini yang sudah lama menahan sabar mengenai kecurangan isterinya terpaksa buat pendedahan dengan memalukan isterinya di majlis perkahwinan mereka.

Pengantin perempuan dari wilayah Fujian, China tidak dapat menahan malu apabila suaminya mendedahkan kisah curangnya pada hari bahagia mereka.

Berdasarkan sebuah rakaman berjudul ‘Pengantin Yang Curang’, pasangan pengantin itu dijemput untuk naik ke atas pentas untuk memberi ucapan kepada tetamu lapor Daily Star.

Pengantin lelaki kemudiannya dilihat memasang klip video yang dipancarkan daripada projektor pada skrin di dewan terbabit.

Curang dengan abang ipar

Namun, ketika sedang fokus ke atas skrin LED besar, alangkah terkejutnya apabila melihat video pengantin perempuan bersama abang iparnya sendiri di ranjang serta bukti tangkap layar mesej antara mereka.

Lega kisah kecurangan sudah terbongkar, lelaki berkenaan menjerit kepada isterinya sambil melemparkan jambangan bunga ke arah wanita terbabit

“Jangan kau fikir yang aku tak tahu tentang ini.”

Terpaksa dipisahkan tetamu

Seperti tidak percaya dia dimalukan sebegitu itu di hadapan orang ramai, wajah pengantin perempuan berubah menjadi merah sebelum beberapa tetamu yang lain berlari ke pentas untuk memisahkan pasangan berkenaan.

Susulan daripada video itu, perdebatan antara netizen tercetus. Malah, ada juga di antara mereka yang memuji tindakan pengantin lelaki kerana ‘membalas dendam’ dengan cara yang begitu hebat sekali.

Baca Juga: Wanita buat keputusan bunuh teman lelaki, tak tahan selalu didera

Baca Juga: Tarik rambut, heret budak perempuan: Warga emas ditahan dera anak angkat