Wanita buat keputusan bunuh teman lelaki, tak tahan selalu didera

  • Post author:

Seorang wanita di Thailand nekad membunuh teman lelakinya bukan sahaja di depan suami tetapi di tempat umum setelah menjadi mangsa dera lelaki tersebut. Dia dikatakn melepaskan beberapa tembakan di bahagian dada dan perut lelaki terbabit,

Menerusi laporan The Thaiger, Tharinya, 40, menembak teman lelakinya, Supornchai ketika mangsa sedang menawarkan makanan kepada seorang sami di hadapan kedainya di Pasar Si Moom Mueng, wilayah Pathum Thani, dekat Bangkok.

Berikutan daripada itu, pihak polis telah dipanggil ke lokasi kejadian dan menahan wanita tersebut serta merampas sepucuk pistol beserta peluru yang digunakan Tharinya.

Hasil siasatan mendapati mangsa mempunyai dua kesan tembakan di perut dan dua lagi di bahagian dada.

Dia mengaku menembak teman lelakinya kerana tidak tahan sering didera dan dibuli. Lelaki itu bahkan mengugutnya pada hari dia ditembak.

Mahu bunuh diri tetapi berjaya dihalang

Ujar Tharinya lagi, dia mengaku ingin membunuh diri menggunakan pistol yang sama tetapi seorang wanita Laos berusia 27 tahun yang bekerja di kedai itu merampas senjata tersebut daripada tangannya sebelum dia sempat berbuat sedemikian.

Setakat ini, polis belum mendakwa Tharinya mengikut Seksyen 288 Akta Kesalahan Menyebabkan Kematian, sesiapa yang membunuh orang lain akan dihukum mati atau dipenjarakan selama 15 hingga 20 tahun.

Dia juga bakal menghadapi pertuduhan tambahan Seksyen 289 Akta Kesalahan Menyebabkan Kematian, yang membawa hukuman mati kerana dia merancang pembunuhan itu sebelum melakukannya.

Baca Juga: Bunuh wanita di ruang tamu, tabib dihadapkan ke mahkamah

Baca Juga: Kejut bangun pagi sambil sempat perli, ‘alarm’ wanita ini boleh buat B40 sentap sedar diri