Lauk sardin paling senang nak buat masa sahur, lagi kering lagi menjilat jari!

Sardin goreng kering ini sangat sesuai sebagai lauk untuk sahur. Lebih lebih lagi diawal pagi, ramai yang tidak begitu berhasrat untuk makan hidangan berkuah, jadi lauk ini dapat disajikan dengan baik.

Tak perlu bersusah payah membersihkan ikan, kerana cara membuatnya hanya menggunakan sardin dalam tin saja.

Resipi ini dikongsi oleh Siti Khadijah Abdul Razak yang mengatakan bahawa lauk sardin kering ini diajar oleh arwah ibunya dan turut mengakui rasanya amat enak!

Bahan-bahan:

1 tin sardin
1 biji bawang -dihiris
3-4 tangkai cili padi
Garam, gula serbuk perasa -secukupnya

Cara-cara membuatnya:

1. Masukkan keseluruhan isi sardin ke dalam kuali, termasuk kuahnya sekali.

2. Panaskan dan goreng. Biarkan sardin dalam kuali tanpa terlalu kerap dikacau.

3. Isi ikan pun tidak perlu dihancurkan, kerana ia akan hancur sendiri ketika dikikis kerak dari kuah sardin.

4. Apabila kuah sardin kelihatan semakin kering, kacau dan ambil kerak kuah sardin. Itulah yang membuatnya menjadi lebih sedap.

5. Masukkan bawang dan cili api yang dihiris. Kemudian perasakan dengan gula dan garam mengikut citarasa sendiri.

6. Kacau dan angkat. Hidangkan bersama telur mata kuning dan juga nasi panas.

Selamat mencuba!

Baca juga: 10 jam rendam kaki dengan ais, pelajar nekad jadi ‘OKU’ demi RM6.15 Juta