Lebih 1,000 bangunan pencakar langit, Malaysia rekod antara terbanyak di Asia

Malaysia merekodkan lebih 1,000 bangunan pencakar langit, iaitu antara terbanyak di negara Asia pada tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, mengikut standard piawaian, bangunan pencakar langit ditafrifkan sebagai bangunan melebihi 150 meter.

“Kalau kita lihat rata-rata bangunan kediaman di Malaysia terutama di kawasan bandar dikategori bangunan pencakar langit,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Kesedaran Keselamatan Kebakaran, Penyelenggaraan dan Penguatkuasaan Dalam Bangunan Peringkat Negeri Sembilan di Seremban kelmarin.

Menurut Hamdan, data bangunan pencakar langit yang diperoleh melalui kajian yang dilakukan oleh sebuah pihak swasta menunjukkan pada tahun 2019 sahaja terdapat lebih 900 bangunan pencakar langit.

Jelasnya, melihat kepada perkembangan semasa pada tahun ini boleh dikatakan terdapat lebih 1,000 buah bangunan.

“Tiada masalah untuk projek pembinaan bangunan pencakar langit selagi pemain industri mematuhi peruntukan undang-undang dan keperluan teknikal dengan penyelenggaran yang baik,” katanya.

Berikut antara bangunan tertinggi di Malaysia berserta lokasi, ketinggian (meter) dan tingkat:

1. KL118                                           Kuala Lumpur        644 m        118
2. Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur        452 m         88
3. Four Seasons Place                   Kuala Lumpur         343 m        65
4. Astaka Padu Apartment           Johor Bahru            340 m        70
5. Menara Telekom                        Kuala Lumpur         310 m        55
6. Menara Ilham                             Kuala Lumpur         275 m        60
7. Menara Carigali                          Kuala Lumpur         267 m        60
8. Menara Maybank                      Kuala Lumpur       243.5 m       50
9. Menara Vista                              Kuala Lumpur        238.1 m      62
10. Menara Komtar                        Pulau Pinang           232 m        65

Baca juga Rupiah lebih bagus daripada ringgit, bersediakah Malaysia berdepan kemelesetan ekonomi? 

Baca juga Cubaan bawa masuk Pati gagal lagi, remaja 17 tahun ditahan pandu vellfire untuk seludup