Lelaki 90 tahun kahwini bekas kakak ipar, jarak usia 62 tahun bukan penghalang. Warga emas di wilayah Sulawesi Tenggara, Indonesia menjadi perbualan hangat warganet gara-gara dia berkahwin dengan bekas kakak iparnya
Kahwin hanya selepas dia bercerai dengan isterinya pada tahun2018. Bekas isterinya turut merestui hubungan kakaknya itu dengan bekas suami.
Menurut Detik News, lelaki berkenaan yang bernama Paduai berkahwin dengan Shintia, 28, yang merupakan kakak kandung bekas isterinya, Shinta.
Menurut Shinta, dia mengakui berasa terkejut apabila mendapat tahu bahawa bekas suaminya itu menjalinkan hubungan cinta dengan kakak kandungnya sendiri.
“Saya tak tahu sejak bila mereka rapat sebab saya tak ada dekat kampung kerana saya kat luar untuk mencari kerja.”
Walau bagaimanapun, dia tidak mempunyai masalah jika kakaknya berkahwin dengan bekas suaminya itu, malah dia turut berasa bahagia melihat pasangan berkenaan.
Dah lama berpisah dengan bekas suami
Dalam pada itu, wanita berusia 25 tahun itu turut mengesahkan bahawa dia sudah lama berpisah dengan bekas suaminya itu sebelum lelaki berkenaan membuat keputusan untuk berkahwin dengan kakaknya.
Selepas berpisah dengan Paduai pada 2018. Lepas 3 bulan berkahwin, kami buat keputusan untuk bercerai lepas tu barulah kakak saya berkahwin dengannya. Saya doakan yang terbaik untuk mereka.
Difahamkan, pasangan terbabit telah melangsungkan perkahwinan pada 14 Jun lalu. Malah, majlis terbabit turut dihadiri oleh Shinta sendiri.
Baca Juga: Bapa terkejut kakak hidap mild autism terlempar adik ke lantai, nasib adik baik sahaja
Baca Juga: ‘Sendiri naikkan, bila rakyat bantah, sendiri turunkan konon bukti kerajaan prihatin’