Lelaki ceraikan bini sebab hanya pandai masak mi segera

Lelaki ceraikan bini sebab hanya pandai masak mi segera. Lelaki tersebut juga mengadu terpaksa memakannya tiga kali sehari.

Menurut New Indian Express, perkara itu dikongsikan hakim utama daerah dan mahkamah sesyen, ML Raghunath kepada mereka baru-baru ini.

Menurut Raghunat, kes yang berpunca dari isu kecil ini berlaku semasa beliau menjadi hakim di daerah Ballari, Karnataka.

Makan mi segera tiga kali sehari

“Lelaki itu memberitahu isterinya tidak pandai menyediakan makanan lain selain mi segera. Bahkan, mi segera tersebut disediakan pada setiap kali waktu sarapan, makan tengah hari, dan makan malam.

“Dia turut mengadu bahawa isterinya pergi ke kedai dan hanya membawa balik mi segera,” kata Raghunath.

Kes yang boleh dikatakan unik itu digelar ‘kes maggi’, akhirnya pasangan tersebut bercerai atas persetujuan bersama.

Ramai tak jadi bercerai selepas fikir soal anak

Raghunath turut menegaskan bahawa tugasan untuk menyelesaikan pertikaian sesuatu kes perkahwinan adalah sedikit rumit dan kebanyakan darinya akhirnya membatalkan penceraian kerana memikirkan nasib anak-anak mereka.

“Kami menggunakan sentimen anak-anak dalam kalangan pasangan dan menyatukan mereka semula.

“Ia lebih kepada masalah psikologi berbanding fizikal. Daripada 800 hingga 900 kes, kami hanya berjaya menyelamatkan 20 hingga 30 kes sahaja,” ujarnya lagi.

Bahkan mahkamah di India pernah menerima kes penceraian oleh pasangan hanya sehari selepas perkahwinan mereka. Pelbagai punca yang dianggap sebagai isu kecil telah menjadi penyebab kepada penceraian.

Kes penceraian meningkat secara drastik

Peningkatan kes penceraian yang terlalu tinggi hingga menyebabkan mahkamah memutuskan pasangan pertu tinggal bersama sekurang-kurangnya setahun sebelum bercerai.

“Jika tidak ada undang-undang seperti itu, akan ada petisyen cerai yang difailkan terus dari dewan perkahwinan.

“Kami mendapat petisyen cerai lebih banyak dari kawasan bandar berbanding kawasan luar bandar. Di kawasan luar bandar, wanita tidak mempunyai kemerdekaan dan ketakutan mereka terhadap masyarakat dan sentimen keluarga memaksa mereka untuk menghadapi situasi tersebut.

“Tetapi di bandar, wanita berpendidikan dan mempunyai pendapatan sendiri,” ujar Raghunath.

Pasangan yang ingin berkahwin seharusnya memikirkan sama ada benar-benar bersedia untuk berkahwin, janganlah bila sudah ada anak, mula bosan dengan pasangan dan akhirnya bercerai. Anak juga yang menjadi mangsa.

Baca Juga: Selalu berpeluh semasa tidur, ini 10 sebab mengapa ia terjadi

Baca Juga: Terkejut harga ayam RM230 seplastik, pasar raya di Singapura tampil bagi penjelasan