Lelaki ini kongsikan tip isterinya rebus kerang tanpa air

Lelaki ini kongsikan tip isterinya rebus kerang tanpa air. Pengguna facebook ini berkongsi tip isterinya,  Rahimah AR Zawjah mengenai cara rebus kerang tanpa menggunakan air.

Pastinya ramai yang tertanya sama ada bolehkah kerang direbus tanpa air. Tak perlu gunakan air kerana apabila dipanaskan, kerang akan mengeluarkan air sendiri dan itu menjadi air rebusan.

Sebelum ini saya biasa rebus guna air, isi kerang jadi biasa. Cara merebus tanpa air ni, rupa-rupanya menjadikan isi kerang lebih lembut dan tidak liat, dan tidak berair – Syahr Musafir

Caranya seperti di bawah;

1 Panaskan kuali dan masukkan serai yang dititik. Tak perlu air ye. Api wajib kecil. Jangan guna api besar.

2 Apabila air kuali tu kering, masukkan kerang.

3 Nampak berasap macam ni sebab tak ada air.

4 Seketika kemudian, air dari kerang mulai keluar. Mendidih.

5 Air makin banyak keluar dan kulit kerang mulai terbuka.

6 Tak perlu tunggu semua kerang terbuka ye. Boleh hidangkan.

Selamat mencuba.

Baca Juga: Wanita kongsi 5 tips pilih ayam segar

Baca Juga: Guna rempah 4 sekawan halau lipas dari rumah memang mujarab