Wanita kongsi 5 tips pilih ayam segar

Wanita kongsi 5 tips pilih ayam segar. Pastinya agak sukar untuk memilih ayam segar apabila tiba di pasar namun dengan tips ini, ia akan memudahkan kerja anda.

Seorang dietitian di sebuah hospital, yang juga menyelia makanan di bahagian dapur, Cik RuQayyah Muhd telah kongsikan beberapa tip yang boleh diikuti, dalam memilih ayam segar.

Wanita atau suri rumah kebanyakkan akan menguruskan perihal barangan dapur kerana mereka lagi arif berkaitan tersebut.

Namun bagi anak muda atau yang baru belajar untuk hidup berdikari, ini adalah tips untuk memilih ayam yang segar agar tidak cepat busuk.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

“Setiap pagi bekalan ayam segar akan tiba ke dapur kami dan penyelia bertugas harus memastikan bekalan mentah yang sampai memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

“Memastikan ayam itu elok untuk diterima pihak kami adalah satu ilmu baru yang saya tidak arif. Selalu saya main tunjuk saja ayam di pasar. Tak kisah betul segar atau tidak,” katanya.

5 Tips pilih ayam segar:

1. Warna ayam

Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.

2. Tekstur ayam

Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu.

Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.

Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.

3. Darah ayam

Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darah atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.

4. Bau ayam

Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.

5. Lalat

Sekiranya ada lalat yang mengurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.

Semoga bermanfaat.

Baca Juga: Resipi masakan western yang senang untuk dimasak di rumah

Baca Juga: MP saran kerajaan sediakan panduan untuk orang ramai jika mahu longgarkan SOP pelitup muka