Lelaki kongsi 5 punca enjin kereta cepat panas

Lelaki kongsi 5 punca enjin kereta cepat panas. Pastinya ramai yang ingin elak kereta berhenti di tengah jalan sebab enjin panas, tambah pula nak balik beraya.

Ia adalah satu situasi yang serius dan anda harus menghentikan kereta dengan serta-merta bagi mengelakkan perkara tidak diingini. Enjin kereta yang menjadi terlalu panas tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang solusi.

Secara umumnya enjin yang menjadi terlalu panas dengan cepat biasanya terkait dengan sistem penyejukan tidak berfungsi dengan baik. Ini kerana sistem tersebut direka bagi menurunkan dan mengawal suhu yang optimum untuk enjin kerete beroperasi dengan baik.

Terdapat lima punca mengapa enjin kereta oleh menjadi terlalu panas dengan cepat. Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah:

1. Termostat tidak berfungsi

Termostat adalah komponen penting bertindak mengawal suhu enjin. Ia juga berfungsi menghalang coolant daripada memasuki enjin sehinggalah ia telah panas. Ini bermakna kereta anda boleh mencapai suhu operasi dengan lebih cepat.

Jika termostat rosak ia tidak dapat dibuka lalu menyebabkan coolant tidak dapat mengalir masuk apabila diperlukan.

2. Paras coolant rendah atau tercemar

Walaupun water pump dapat berfungsi dengan baik namun ia tidak akan bermakna jika terdapat gejala tidak normal pada coolant.

Jika kandungan coolant tidak mencukupi untuk sistem penyejukan berfungsi dengan baik juga boleh menyebabkan enjin jadi cepat panas.

Manakala pencemaran yang berlaku di dalam coolant juga boleh menjejaskan fungsinya dengan baik.

3. Hos rosak

Sambungan hos juga perlukan dipastikan sentiasa berada di dalam keadaan baik. Hos ini adalah sambungan dari enjin ke bahagian komponen radiator.

Jika berlaku kerosakan seperti kebocoran, retak atau tersumbat ia boleh menyebabkan coolant bocor dan menjejaskan alirannya untuk berfungsi dengan normal.

Apabila ini berlaku enjin akan jadi lebih cepat panas.

4. Radiator rosak

Radiator yang rosak akan menyebabkan sistem penyejukan tidak akan berfungsi. Malah coolant akan terus kekal panas.

Antara beberapa sebab radiator tidak berfungsi dengan baik ialah kerosakan pada kipas atau berlaku kebocoran atau keretakan pada bahagian radiator itu sendiri.

Jika ini berlaku lebih baik anda menukar radiator yang baru.

5. Water pump rosak

Kerosakan yang berlaku pada water pump juga boleh menjadi penyebab masalah suhu enjin meningkat dalam masa yang singkat.

Kerosakan yang berlaku pada komponen ini bermakna aliran coolant akan terjejas atau tidak mengalir langsung!

Jalan paling mudah untuk mengelakkan masalah ini berlaku kepada kereta ialah melakukan servis secara berkala.

Bawalah kereta anda untuk lakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa, contohnya setiap empat hingga enam bulan sekali.

Tambahan bila ingin pulang ke kampung halaman setelah dua tahun tidak beraya, pastinya tragedi jika tersadai di tepi jalan kerana enjin panas. Ambil langkah pencegahan. 

Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju!

Baca Juga: Isu menteri jadikan menteri isteri ke 4: Bekas kadi dakwa bantu pemimpin Pas tambah isteri

Baca Juga: Kenaikan harga tiket bas 10 hingga 20 peratus menjelang Aidilfiti membebankan