Lelaki larikan diri daripada perkahwinan sebab tak mampu bayar jurusolek. Tular sebelum ini wanita bersanding seorang diri gara-gara bakal suami tidak muncul di hari pernikahan mereka.
Menurut Tribunnews, si pengantin lelaki didakwa telah melarikan diri dan sejak daripada itu, langsung tiada khabar berita mengenai dirinya.
Namun, baru-baru ini, si pengantin lelaki yang dikenali dengan nama Gandi akhirnya membuka mulut dan menceritakan punca sebenar mengapa dia tergamak meninggalkan bakal isterinya sendirian di majlis perkahwinan mereka tempoh hari.
Ekonomi sebab utama
Menurut Gandi, salah satu puncanya adalah kerana masalah ekonomi. Dia telah melarikan diri dengan hasil wang gadaian motosikalnya.
Difahamkan, pada awalnya wang tersebut sepatutnya digunakan untuk majlis perkahwinannya.
Gandi akui dia sangat menyayangi bakal isterinya itu dan sebenarnya dia sendiri tidak sanggup meninggalkan wanita yang dicintainya itu sendirian di majlis kahwin tetapi keadaan yang memaksa dia berbuat demikian.
Kerja keras untuk ganti duit majlis
Dia pernah berpesan kepada bakal isterinya itu supaya tidak menggunakan perkhidmatan jurusolek yang mahal namun keluarga pengantin perempuan dikatakan telah memanggil jurusolek yang mengenakan upah yang lebih mahal.
Bercerita dengan lebih lanjut, Gandi memberitahu tiga hari sebelum majlis bahawa dia berhasrat untuk membatalkan resepsi tersebut namun atas saranan orang tua, majlis tersebut tetap berlangsung.
Ibu bapa Gandi juga mencadangkan supaya dia menggadaikan motosikal untuk perbelanjaan majlis perkahwinannya itu.
Menurut Gandi, dia kini sedang berusaha keras mengumpul wang untuk membiayai kos majlis tersebut yang sebelum ini dibiayai oleh keluarga pengantin perempuan.
“Saya akan berusaha menggantikan wang tersebut kerana sekiranya tidak diganti, ibu bapa aku akan dipenjara. Itu perjanjian yang sudah ditandangani,”katanya.
Baca Juga: 5 sebab kenapa anda memilih untuk hidup bujang dan tidak berkahwin
Baca Juga: Tidak wajar perkhidmatan awam tetapkan kod pakaian pada orang ramai yang mahu selesaikan urusan