Lelaki maut , kereta kancil terbalik lepas rempuh mercedes

Lelaki maut , kereta kancil terbalik lepas rempuh mercedes di lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Melaka Sentral, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu, mangsa Nordin Mohamed Yusop, 39, yang bekerja sebagai kontraktor meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurut KOSMO! ONLINE, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Bukit Palah menghala ke lampu isyarat Melaka Sentral.

“Setiba dilokasi kereta mangsa telah hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang sebuah Mercedes Benz yang sedang menunggu lampu isyarat merah.

“Akibat rempuhan itu, kereta Kancil tersebut telah terbalik dan mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, akibat rempuhan itu juga kereta Mercedes berkenaan telah melanggar dua buah kenderaan lain di hadapannya iaitu sebuah Perodua Axia dan Alza.

“Kesemua pemandu dan penumpang lain yang terlibat dalam nahas itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Baca Juga: Bunuh saudara hidap Albino, jadikan bahagian tubuh mangsa sebagai ‘tangkal’

Baca Juga: Ini bukan poster ceramah, ini senarai ‘wanted’ gara-gara bantah kenaikan harga barang