Lelaki minta putus dengan tujuh helai surat, rupanya nak ‘ngorat’ kawan baik girlfriend. Tular mengenai video yang dimuat naik oleh Karla Velarde di TikTok, memaparkan ‘taktik’ teman lelakinya yang ingin berpisah.
Kisah cinta yang tragis itu lebih menyakitkan hati apabila bekas teman lelakinya itu cuba untuk memikat sahabatnya sendiri menerusi aplikasi janji temu.
Malah lelaki itu sanggup menggunakan gambar yang diambilnya beberapa hari sebelum berpisah di laman web janji temu itu.
Ingat surat cinta, rupanya surat putus
Pada awalnya, wanita berkenaan memikirkan bahawa teman lelakinya ingin memberi surat cinta, namun rupa-rupanya ia adalah surat untuk putus dengannya.
“Saya teruja pada mulanya kerana ingatkan teman lelaki saya menulis surat cinta tapi malangnya ‘surat cinta’ itu sebenarnya nota perpisahan.”
Terfikir juga, apa yang diluahkan sampai tulis sepanjang 7 helai hanya untuk putus cinta, tragis bukan.
Baca Juga: Sambut kepulangan suami curang dengan kain rentang besar
Baca Juga: Sifat berani Aqiel, rakan-rakan wajar dicontohi, tidak mahu kes Bella teruk didera berulang