Lelaki terpaksa bunuh anak sendiri selepas diserang guna parang

  • Post author:

Lelaki terpaksa bunuh anak sendiri selepas diserang guna parang. Mangsa yang berada di bawah pengaruh dadah cuba menyerang bapanya dengan sebilah parang sebelum si bapa bertindak menembak anaknya sendiri.

Memetik laporan Thaiger, Ruangrit Phromthong, 56 tahun, menggunakan selaras senapang patah dan menembak anaknya, Adisak yang merupakan seorang penagih tegar.

Niat nak hentikan anak

Kejadian yang belaku pada Ahad bermula dengan mangsa menghunus sebilah parang sepanjang 1.2 meter ke muka bapanya, dan dalam percubaan menghentikan keganasan tersebut, Ruangrit melepaskan tembakan ke arah anaknya.

Ruangrit kemudian menelefon polis dan menceritakan insiden yang berlaku sebelum menyerahkan senapangnya kepada pihak polis apabila mereka tiba.

Ketika polis tiba, Adisak ditemui terbaring dalam keadaan tidak bernyawa di rumah mereka bersama selaras senapang patah dan sebilah parang sepanjang 1.2 meter.

Pertahan diri selepas diserang banyak kali

Ruangrit yang berkhidmat sebagai penolong ketua kampung berkata, dia bertindak demikian untuk mempertahankan diri, sambil menambah, ini bukan kali pertama dia diserang mangsa.

Komisioner Polis, Kittisak Ramsawat berkata, pihaknya sedang mengumpul lebih banyak bukti forensik serta menemu bual beberapa saksi dan Ruangrit sebelum menentukan dakwaan.

Baca Juga: Budak usia 2 tahun dibunuh ibu hanya sebab tumpahkan gula ketika bancuh minuman

Baca Juga: Pasangan dera anak angkat guna penyapu didenda RM20,000 seorang