Lelaki Vietnam obses barangan kemas, ‘dibaluti’ 2kg aksesori setiap hari

Emas selalu menjadi rakan baik dan pujaan wanita. Memiliki koleksi perhiasan barang kemas juga menjadi hobi yang disukai oleh kaum ini.

Namun, situasinya berbeza di Vietnam di mana seorang pemuda menjadi viral kerana obsesinya terhadap emas.

Lelaki tersebut dikenali kerana memakai koleksi barang kemas di lehernya dan di tangan-tangannya. Tambahan pula, dia terkenal kerana mengemudi kereta dan motosikal yang dihiasi dengan emas.

Tran Duc Loi, seorang usahawan dari wilayah An Giang di Vietnam, telah menarik perhatian ramai di negaranya kerana minatnya terhadap logam berharga yang paling popular di dunia.

Pencariannya bermula tiga tahun yang lalu ketika Tran memulakan perniagaan menjual biawak Amerika Selatan sebagai haiwan peliharaan mewah.

Sejak itu, dia mula membeli emas untuk dijadikan perhiasan diri kerana percaya bahawa ia dapat meningkatkan nasib dan kemakmurannya. Dia yakin bahawa emas membawa keberuntungan dalam kejayaan perniagaannya.

“PADA MULANYA, SAYA HANYA MEMAKAI BEBERAPA BARANG KEMAS DAN KEMUDIAN TERUS MENAMBAH LAGI DARI MASA KE SEMASA.

“TIDAK DINAFIKAN PADA MULANYA SAYA MERASAKAN IA BERAT, TETAPI LAMA KELAMAAN JADI TERBIASA,” KATA TRAN.

Walaupun beberapa orang mengkritik kerana Tran mempamerkan kekayaannya dan memberi contoh yang tidak baik kepada golongan muda, popularitinya di TikTok melonjak sehingga menjadikannya sebagai bintang media sosial.

Baca juga: Netizen bandingkan layanan Ibu Aliff Aziz dan Datin Patima Ismail pada menantu, tak sangka ini respon tuan badan