Lelong ‘seat’ motor dengan harga RM350, netizen seloroh penuh cakar kucing pun nak jual mahal ke

Lelong ‘seat’ motor dengan harga RM350, netizen seloroh penuh cakar kucing pun nak jual mahal ke. ‘Seat’ motosikal jenama C70 yang kelihatan usang dan berkarat itu menarik perhatian ramai apabila dijual dengan harga tinggi di satu laman e-dagang.

Tempat duduk tersebut dikatakan adalah ‘ori motor’ yang dikeluarkan pada tahun 70-an dan tidak pernah diubahsuai sejak motosikal tersebut dibeli dahulu.

Apa yang menarik ialah para netizen mengutuk penjual tersebut yang menjual tempat duduk yang kelihatan usang itu dengan harga yang boleh dikatakan terlalu mahal jika mahu dibandingkan dengan keadaan tempat duduk tersebut.

Para netizen juga membidas penjual tersebut yang hanya mahukan keuntungan berlipat kali ganda.

Barang lama memang mahal, tapi bukan dengan keadaan usang 

“Memang ada harga sebab barang lama, tapi kena tengok juga keadaan barang nak dijual itu setimpal atau tidak dengan harga yang ditawarkan.

“Saya nak beli kucing yang cakar kerusi ni, mesti lagi mahal sebab kucing tu yang membuatkan kerusi nampak hebat dan bercorak.

“Saya doakan kepada penjualnya mendapat pembeli yang sepatutnya, saya mampu berdoa harap ada orang yang bijak membeli barang purba ini, kalau tidak kita siapa lagi,” antara komen netizen.

Baca Juga: Bapa terlupa hantar ke nurseri, bayi usia 14 bulan maut ditinggal dalam kereta

Baca Juga: “Mak tak cerdik, tunggulah besar sikit”- Pecah tangis bayi berusia sebulan gara-gara ditindik telinga