Apabila tiba musim perayaan memang ramai yang akan merancang untuk bercuti ke mana-mana tempat yang popular untuk dilawati. Bercuti memang satu aktiviti yang sangat menarik selain dapat merehatkan minda setelah penat bekerja.
Namun, percutian boleh menjadi pengalaman buruk jika berlaku perkara-perkara yang tidak enak sewaktu bercuti.
Seorang wanita telah berkongsi pengalaman yang agak seram sewaktu bercuti ke sebuah tempat peranginan yang agak popular di Malaysia. Disana dia telah menempah sebuah bilik di hotel yang agak popular dengan suasana dan pemandangan yang menarik.
Kisah bermula apabila dia dan suami pulang ke hotel pada pukul 8 malam. Dari parking basement dia sudah mulai berasa tidak sedap hati. Ketika mereka ingin ke bilik di tingkat 3, lif tiba-tiba berhenti di tingkat 1 walaupun tiada sesiapa di situ pada waktu itu.
Bilik mereka juga tiba-tiba berbau hancing dan ada bekas tapak kaki yang basah daripada tandas. Sepanjang malam itu mereka diganggu dengan bunyi tapak kaki berlari, guli terabur dan bunyi perabot berubah dari tingkat atas.
Tidak terhenti disitu, gangguan semakin memuncak dari tandas yang kedengaran seperti orang sedang mandi dan bunyi jamban ditutup. Mereka cuba menghubungi pihk hotel namun tiada jawapan.
Sepanjang malam itu dia tidak dapat melelapkan mata. Dia juga terdengar bunyi anjing melalak yang sangat kuat seolah-olah anjing itu berada dalam bilik itu.
@zalikaomar01 Cerita seram saya di cameron highland🥲 takut dh nk ambk bilik yg besar2..pasni nk dduk hotel bajet jeðŸ˜yg nk baca mohon pause ye.. #cameronhighland #ceritaseram #masukberanda #fyp #foryoupage ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
Dia memberanikan diri menjengah ke tingkap dan ternampak pontianak sedang bercangkung dengan rambut yang panjang di atas balkoni.
Akhirnya, sehingga jam 5.30 pagi apabila azan subuh berkumandang barulah gangguan itu berhenti. Pukul 7.30 pagi mereka terus bersiap untuk check out. Dia ada bertanya kepada pihak hotel bunyi-bunyi yang mereka dengar namun tiada jawapan dari pihak hotel.
Baca juga: Yakin tidak salah,mengapa Azam masih takut untuk jumpa JK Parlimen?