Lepas viral pensyarah hina pelajar B40, UiTM maklum akan ambil tindakan segera

Universiti Teknologi Mara (UiTM) tindakan sewajarnya akan diambil terhadap seorang pensyarah yang didakwa menghina seorang pelajar B40 semasa sesi kuliah secara dalam talian.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr. Roziah Mohd berkata, beliau telah memberikan arahan kepada pengurusan untuk mengambil tindakan terhadap pensyarah berkenaan.

Difahamkan, pensyarah itu mengajar dalam bidang pengurusan fasiliti di Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) dekat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seri Iskandar, Perak.

Katanya, satu kenyataan akan dikeluarkan berhubung situasi berkenaan dan termasuk tindakan terhadap pensyarah tersebut.

“Beliau merupakan pensyarah kontrak dari pensyarah tetap (bersara) sebelum ini dan mengajar dalam bidang pengurusan fasiliti.

“Sekarang dia tidak mengajar, tetapi dalam tempoh untuk diambil tindakan,” katanya hari ini.

Roziah menjelaskan kejadian tersebut sebenarnya berlaku pada semester lalu antara bulan September 2021 hingga Februari 2022.

“Namun, video itu dimuat naik semalam, mesti ada sebab. Sama ada hendak menyerang pensyarah berkenaan.

“Apapun tindakan, kami sudah ambil. Pelajar tersebut kita sudah kenal pasti dan telah hantar bantuan komputer riba kepadanya,” jelasnya.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi 1 minit 45 saat mengenai seorang pensyarah sedang bertanya kepada pelajarnya mengapa pelajar tersebut tidak memiliki komputer.

Menerusi video tersebut, pensyarah tersebut mempersoal tentang sokongan kewangan keluarga tersebut kepada pelajar tersebut.

Baca juga: https://themalaysialife.com/penjara-dan-denda-rm2000-kalau-kantoi-tidak-puasa-di-kelantan/

Baca juga: https://malaysiadateline.com/pensyarah-didakwa-hina-b40-rosakkan-imej-uitm-wajar-dikenakan-tindakan-kata-mpp/