Isu berkaitan duit dalam keluarga ini merupakan perkara yang susah untuk dibincangkan kerana ia merupakan isu yang agak sensitif.
Malahan, ada dalam kalangan keluarga yang tidak memahami keadaan kewangan saudara lain hingga menyebabkan mereka tersepit dan tidak mampu untuk melunaskan tanggungjawab kepada pasangan.
Seperti wanita ini, dia perlu menolong suaminya membayar bil-bil namun si suami hanya lepas tangan dan membiarkan isteri menanggung segalanya keseorangan.
Salam, aku telah berkahwin selama 2 tahun dan dikurniakan seorang anak yang comel. Kehidupan kami sepatutnya lebih indah dan tiada masalah kalau tidak melibatkan adik beradik atau secara keseluruhan family suami aku.
Bagi aku silap terbesar yang aku buat adalah memohon personal loan atas nama sendiri untuk bantu suami aku bagi urusan duit hantaran dan kewangan di awal perkahwinan. Ye aku tau silap dan langkah yang paling bodoh pernah aku buat dalam hidup aku.
Aku sedar dan ianya pun dah berlalu dan kami lalui. Tapi suami aku janji untuk bayar bulanan bagi loan tersebut. Alhamdulillah dia tunaikan sehingga hari ini. Sehingga sampai awal perkahwinan kami semua berubah mulanya dari aku terp4ksa tinggal bersama ahli keluarga suami.
Duduk sebumbung dengan orang malas dan pengotor ni memang menguji tahap kesabaran aku. Dari awal kandungan aku ni terp4ksa pejam mata, bertahan dan bersihkan je la semua walaupun aku ni wanita bekerja balik keje lewat dengan penat lagi tengok rumah macam apa.
Bangun pagi pinggan mangkuk penuh dalam sinki, baju kotor berkumpul busuk dalam mesin basuh. Kebanyakan dalam rumah sewa tu aku yang sediakan termasuk la alatan – alatan besar macam fridge, sofa, almari, kerusi meja dan macam – macam lagi laa.. sebab apa?
Untuk bantu suami aku sebab aku tahu dia tak mampu jadi aku bantu. Banyak kewangan suami aku yang bantu tapi tak pernah sekali pun aku mengeluh dan mengungkit dekat dia. Tapi baik – baik aku pun ada tahapnya sampaikan aku rasa tiada hormat pada aku tiada rasa malu dan bersalahnya pada aku.
Pada bulan ke empat aku dapat rumah pertama aku. Aku lah yang bayar bulanan penuh untuk rumah aku dan juga isi – isi rumah.. jadi aku minta suami bantu aku untuk bayar bill astro, wifi dan maintenance security dan bil – bil air dan elektrik.. Tapi aku sedar je tahap kewangan suami aku ni tak sebaik aku.
Aku sendiri perlu catu banyak benda untuk diri sendiri terp4ksa benda – benda asas aku macam shampoo, pencuci muka. Sanggup aku tangguh supaya aku tak guna duit tu untuk bende yang boleh tunggu. Sampai satu masa, ipar aku ajak mak mertua duduk dengan dia.
Tapi duduk dengan dia duit bulanan makanan basah kakak no 2, suami aku sediakan dan suami aku bayar bulanan wifi rumah kakak no 1 atas dasar kononnya tu tanggungjawab dia pada mak dia. Aku ni tahu selok belok kewangan suami aku.
Dengan sentiasa tidak cukup duit kadang-kadang bilbil rumah aku tertangguh, aku masih tolong bayarkan sebab kesian. Aku pun mula berbincang dengan ipar – ipar duai yang aku rasa mungkin boleh faham masalah kami supaya suami aku tidak perlu membayar wifi rumah kakak dia lagi tapi bagilah apa yang dia rasa mampu.
Tetapi sebaliknya, dia pertikaikan adakah, ‘Tak cukup ke nafkah aku selama ini’. Aku hanya ambil nafkah RM200 ringgit sahaja tu pun kadang-kadang aku pulang balik tujuan bantu suami sebab tak cukup duit. Pertikaikan sekolah yang aku hantar untuk anak aku dapat kan pengajian. ‘Tahu takde duit kenapa nak hantar taska mahal’.
Dia takde perasaan malu langsung untuk menentukan sekolah mana anak aku patut pergi. Dah sampai limit tahap kesabaran aku dengan keluarga ni.
Belum lagi aku minta semua hak-hak aku termasuk perabot – perabot yang kau amik dari rumah sewa dulu pergi rumah sewa kau, yang kau sewa kosong tapi men4gih barang dari aku bahkan cadar sekali pun aku kenal inikan pula perabot – perabot lain.
Aku tanya pada kakak – kakak ipar, isteri mana yang buat loan untuk suami dia kahwin dengan aku. Aku jugak. Isteri mana yang sediakan tempat tinggal, bayar loan rumah RM3000 setiap bulan, isi – isi dalam rumah yang semuanya aku yang sediakan. Isteri tu aku juga..
Bila tanya mereka, masing-masing berlumba dengan bangga suami masing- masing bayar dan sediakan tempat tinggal. Aku ni macam mana? Ada tak dorang fikir kenapa suami aku tak mampu nak sediakan semua tu untuk aku?? Mereka lah puncanya!
Bila aku perlukan keadilan dan minta hak-hak aku mula lahh pertikai aku tak redha, aku tak cukup nafkah ke? Ini semua orang yang pentingkan diri sendiri yang tak tahu bab agama Islam. Tanggungjawab dengan ibu bapa dan adik beradik bukan duit semata. – Fafafa (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Tular video Khairul Aming sakan belanja staff persiapan raya, tapi lain pulak yang netizen komen