Lufya masih belum beri kerjasama soal penculikan anak kepada polis. Polis meminta bekas peserta Akademi Fantasia untuk beri kerjasama bagi membantu siasatan lanjut mengenai kes penculikan anaknya.
Pihak polis mahu menyiasat mengenai lelaki yang didakwa cuba menculik anak perempuannya Laana Haura ketika berada di taman permainan rumah mereka di Kota Damansarapada 26 Jun lalu lapor Utusan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis perlu mengambil keterangan kanak-kanak perempuan berkenaan.
“Polis telah menghubungi wanita berkenaan untuk hadir bagi mengambil maklumat berhubung kejadian.
“Bagaimanapun, kita masih menunggu kerjasama daripada dia (Lufya), bukan dia tidak mahu mungkin ada hal lain tetapi sekarang masih dalam siasatan dan perlu mendapatkan kerjasama darinya,” katanya.
Menurutnya, pihaknya juga akan mengeluarkan fotofit milik suspek untuk hebahan awam.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” katanya.
Pelakon itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara kira-kira pukul 6 pagi pada 29 Jun lalu.
Baca Juga: Berang kisah penceraian dikongsi di TikTok, lelaki bunuh bekas isteri dan tembak dirinya