Macam babak dalam the final destination, lelaki tahan sakit setengah jam apabila kaki tersepit di pintu lif

Macam babak dalam the final destination, lelaki tahan sakit setengah jam apabila kaki tersepit di pintu lif. Kedua-dua belah pergelangan kakinya tersepit apabila pintu tutup sebelum dia sempat menekan butang.

Kejadian tersebut berlaku Pangsapuri Desa Pinang 2, Jelutong pada 17 Jun lalu.

Kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 55 tahun dikatakan berada seorang diri di dalam lif tingkat bawah blok perumahan terbabit.

Lif tersebut dikatakan bergerak sendiri sebelum mangsa menekan butang tutup.

Keadaan kaki mangsa masih dalam keadaan tersepit antara lif tingkat bawah dan satu.

“Tindakan anggota adalah dengan membuka pintu lif dengan menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa dari tempat kejadian.

“Mangsa seorang lelaki berketurunan Cina akhirnya berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat kurang 15 minit kemudian dan diberi rawatan awal oleh anggota Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

“Mangsa ditemui dalam keadaan stabil dan dia dilaporkan mengalami kecederaan luka pada kedua-dua pergelangan kaki. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Baca Juga: Pakcik dulu kecil-kecil baik sangat ke? – Netizen berang lihat orang tua tolak kanak-kanak dalam masjid

Baca Juga: Peniaga perlu tahu, lesen boleh dibatalkan jika didapati cuba sorok barang kawalan