Macam dalam drama! Niat nak terjun bangunan, tapi tersuka dengan ‘abang bomba’..

Seorang wanita menjadi viral di media sosial China kerana dia telah berkahwin dengan seorang anggota bomba yang telah menyelamatkan nyawanya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dia yang juga mahu mengakhiri hidupnya dengan cara terjun bangunan di bandar Fuzhou.

Semasa dia teragak-agak untuk terjun, anggota perkhidmatan kecemasan tiba dan berusaha menyelamatkan nyawanya dengan sedaya mungkin.

Wanita tersebut semakin panik apabila anggota-anggota bomba mendekatinya. Dia kemudian tergelincir, tetapi berjaya berpaut pada sisi bangunan.

Seorang anggota bomba bergegas untuk menyelamatkannya. Beberapa petugas memegang tangannya, sementara yang lain memegang kakinya dengan kuat.

Tiga bulan selepas itu, wanita tersebut mengakui bahawa secara tidak sengaja dia jatuh cinta dengan anggota penyelamat yang telah membantunya.

Dalam sebuah video perkahwinan, dia dilihat menggenggam erat tangan anggota penyelamat itu.

Baca juga: Resepi nugget kentang mudah untuk anak ramai, cuma guna 6 bahan je..murah dan jimat