Baru sahaja reda isu inai Neelofa yang sebelum ini terpalit dengan bermacam-macam kontroversi, kali ini pula timbul isu apabila ejen dan stokis Innai Nunha bengang apabila mengetahui usahawan jelita tersebut telah membuka jualan di Shoppee.
Mereka meluahkan rasa terkilan kerana mendakwa inai sedia ada pada mereka pun masih belum habis terjual, tetapi Neelofa sudah menjualnya di Shoppee.
Ini menyebabkan produk yang ada di tangan ejen dan stokis akan lambat habis disebabkan pengguna boleh mendapatkannya sendiri di Shoppee.
Seorang pengguna Instagram yang memuat naik perkara tersebut mengkritik tindakan Neelofa sebagai tamak haloba kerana tidak memikirkan nasib ejen-ejennya.
Dia berkata, Neelofa boleh sahaja mempromosikan Shoppee ejen-ejennya daripada menjualnya sendiri melalui HQ.
“HQ dah buka jualan dekat Shoppee. Habis tu macam mana dengan nasib ejen-ejen depa? I know it’s about usaha dan rezeki tapi ak beragak hq pun. Memang kejam kalau kalau HQ dah buka untuk ejen tapi at the same time buka jual dekat Shoppee dah macam tamak haloba.
“Kalau kau share kedai shoppee ejen-ejen kau takpe juga so produk depa terjual habis then depa boleh restock dengan stokis depa. Serius kejam,” luah individu bernama Shakira Ghazali di IG story.
Perkara itu kemudian menarik perhatian ramai dengan seorang pengguna Facebook, Ija Juhari membongkar cerita bahawa ketika inai dapat ke tangan stokis, ada antara mereka terpaksa membungkus inai itu sendiri ke dalam satu bungkusan lain kerana ia tidak dihantar dalam bentuk sachet yang sepatutnya.
Dia jugaa menasihatkan orang ramai untuk ‘belajar dari kesilapan orang lain’.
“Apa guna ada stokis and agents kalau HQ buka jualan untuk HQ dekat Shopee. Tamak.
“Lepas tu kisah seller dapat pack yang kena repacking inai dalam casing sendiri. Sebab sachet tak print macam dalam gambar ini.
“Kalau den dapat stok yang kena repacking sendiri and nak jual mesti rasa tak confident. Apa punya HQ lah buat benda tak habis macam tu. Kesian seller. Belajar-belajarlah dari kesilapan orang lain. Dah beberapa kali dah ceritanya,” katanya.
Pernah lihat stokis inai Neelofa susun sachet inai berlonggok
Pada masa sama, ada pengguna Facebook lain turut bersetuju dengan Ija Juhari, mendakwa pernah lihat stokis inai Neelofa duduk bersila di atas lantai sambil mengira sachet yang dilonggok.
Mereka juga difahamkan perlu menyusunnya sendiri ke dalam kotak.
“Pernah nampak stokis dia edar stock dekat ejen-ejen masa stock sampai awal-awal haritu tengah malam.
“Ejen duduk bersila atas lantai duk mengira sachet inai yang dilonggok atas lantai. Ingatkan sampai dah siap packing dalam kotak. Bila komen memang stokis tu kata sampai dalam loose pack dan kena packing sendiri. Mudah betul dia buat kerja,” tulis pengguna FB tersebut.
Baca juga: Rossa dibuang sekolah hanya disebabkan suka gigit orang
Baca: lebih 1,000 bangunan pencakar langit, Malaysia rekod antara terbanyak di Asia