Mahu perkahwinan gah tapi takut muflis, wanita minta RM16,000 daripada tetamu yang hadir

Mahu perkahwinan gah tapi takut muflis, wanita minta RM16,000 daripada tetamu yang hadir. Pastinya kita semua impikan majlis perkahwinan besar-besaran namun disebabkan kewangan kita hanya mampu bersederhana.

Namun wang bukan penghalang wanita berasal dari United Kingdom untuk merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran.

Untuk memastikan kos rendah, tetamu perlu membayar jika mereka ingin menghadiri majlis tersebut.

Menerusi laporan Daily Star, wanita berkenaan yang merupakan bekas model, Carla Bellucci sebelum ini pernah viral gara-gara membuat rawatan hidung.

Namun, kali ini timbul pula isu lain di mana tetamu akan dikenakan bayaran untuk menghadiri majlis perkahwinannya bersama lelaki pilihan iaitu Giovanni.

Walau bagaimanapun, Carla berharap dapat menjimatkan wang dengan memastikan agar keluarga dan rakan-rakan membayarnya.

Dia turut mencadangkan supaya 30 orang tetamu membayar dengan jumlah £100 (RM533) untuk hadir ke majlisnya itu dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak £3,000 (RM16,000).

Kos perkahwinan sahaja cecah RM37,330

Difahamkan, majlis perkahwinannya itu ‘memakan’ kos sebanyak £40,000 (RM37,330).

Malah ibu kepada empat cahaya mata itu menjangkakan tetamu akan membelanjakan wang mereka sehingga £2,000 (RM10,667) untuk penerbangan serta penginapan sempena majlis yang bakal dilangsungkan di Cape Verde.

“Saya mahukan yang terbaik daripada segala-galanya. Tapi tak nak lepas majlis saya jadi muflis.

“Jadi saya beritahu 30 tetamu saya yang mereka perlu menyumbang sebanyak £100 (RM533) setiap seorang supaya kami dapat jimatkan sedikit wang.”

Ujarnya lagi, pada setakat ini, 30 tetamunya itu telah bersetuju untuk membayar dan dia meluahkan rasa gembira kerana berjaya menjimatkan wang dengan kerjasama daripada mereka.

“Saya suka mengadakan perkahwinan impian saya dan orang lain akan membayarnya.”

Baca Juga: “India kalau cakap melayu ni macam mana?” Pemuda ‘struggle’ cakap melayu slang India bikin terhibur

Baca Juga: Kes Batu Puteh: Mahathir anggap tuduhan tidak tepat dan mengelirukan