Majlis perkahwinan paling aneh! Kucing dikahwinkan, siap ada kad jemputan dan saksi lagi

Majlis perkahwinan paling aneh! Kucing dikahwinkan, siap ada kad jemputan dan saksi lagi. Tular di media sosial mengenai dua kucing yang disambut perkahwinannya.

Kejadian yang berlaku di kota Aden, Yaman itu mengejutkan ramai orang apabila telah menganjurkan majlis perkahwinan antara dua ekor kucing lengkap dengan kehadiran saksi.

Majlis perkahwinan lazimnya merupakan penyatuan antara dua manusia. Namun, perkara sebaliknya telah berlaku di Yaman apabila adanya perkahwinan diantara haiwan peliharaan sehingga terciptanya suatu majlis yang lengkap diraikan.

Lebih mengejutkan lagi, proses perkahwinan dua ekor kucing tersebut seakan-akan sama prosedurnya dengan perkahwinan manusia iaitu siap dengan pakej jemputan dan sorakan tetamu yang hadir.

Menurut artikel di News Middleeast, terdapat sebuah rakaman video yang dirakam oleh masyarakat di sana di mana menunjukkan kejadian dan situasi perkahwinan kucing tersebut.

Rakaman video itu menunjukkan seorang lelaki sedang memegang sehelai kertas dan membacakan butiran kontrak perkahwinan antara kedua-dua kucing tersebut.

Setelah kontrak dibacakan, lelaki tersebut bertindak menandatanganinya dan kemudian mengambil cap jari kedua-dua kucing itu serta mengecop dokumen sebagai tanda persetujuan.

Menurut saksi, majlis itu didahului dengan edaran kad jemputan rasmi kepada orang terdekat. Jemputan majlis tersebut terdiri daripada penduduk yang berada di kawasan berkenaan.

Sumber tempatan melaporkan bahawa kejadian itu berlaku di daerah Al-Mualla di ibu negara, Aden. Masyarakat di sana menyifatkan ia sebagai majlis perkahwinan paling aneh.

Majlis itu turut dihadiri oleh orang yang sedang berkabung. Turut hadir bersama adalah mereka yang diketahui mempunyai jawatan yang tinggi dalam masyarakat setempat.

Mereka menjelaskan bahawa majlis akad nikah itu berlaku di antara dua ekor kucing yang dibuat secara rasmi.

Tambahan pula, kontrak yang dibuat adalah melalui kertas yang ditulis oleh seseorang yang diketahui mempunyai kuasa undang-undang dan kontrak tersebut telah siap ditandatangani oleh dua ekor kucing berkenaan.

Tak tahulah mana yang pelik, kucing kahwin atau yang kahwinkan kucing. Macam mana pula kalau nak bercerai nanti. Naik mahkamah juga?

Baca Juga: “Dapat 3 dos dalam masa setahun, patut kanser merebak” – Antivaks guna modal vaksin kaitkan kematian Adibah Noor

Baca Juga: Siapa cakap ‘sunblock’ lebih bagus dari ‘sunscreen’? Pakar jelaskan sebab yang ramai tak tahu