Jika anda risau tentang haiwan-haiwan terbiar mungkin tidak dapat makan yang cukup, anda tidak keseorangan. Di Cyberjaya, dilaporkan ada seorang Mak Cik baik hati hari-hari bagi anjing terbiar makan nasi lemak. Anjing tersebut bahkan diberi nama sebagai Chonky.
Chonky mungkin dikatakan anjing jalanan tapi ia diberi makan dengan cukup. Ia juga sangat jinak.
Dikenali sebagai Cik Putri, wanita yang memberi makanan kepada anjing berkenaan difahamkan membuka gerai nasi lemak di hadapan sebuah kilang.
Setiap hari wanita tersebut akan memberi sedikit nasi lemak kepada Chonky yang datang ke gerainya.
Anjing itu kini dikatakan dah jadi pelanggan setia Mak Cik nasi lemak yang beroperasi di hadapan kilang Q Cells. Dilaporkan juga, anjing berkenaan akan datang hampir setiap hari untuk meminta makanan.
Menerusi perkongsian Instagram Myforeverdoggo yang menjalankan operasi ‘pet adoption’, makanan kegemaran Chonky juga adalah nasi lemak. Nama Chonky juga dinamakan oleh sukarelawan yang menjalankan operasi ‘pet adoption’.
Menurut wanita berkenaan, anjing-anjing terbiar di kawasan itu berkelakuan baik, dan memang selalunya diberi makan oleh penduduk tempatan.
Ramai netizen memberi kata-kata positif kepada kebaikan wanita berkenaan dan menggangap Chonky amat comel.
Sumber: Therakyatpost