Shila tepis dakwaan ibu bapa sudah bercerai, hanya lalui fasa sukar selepas 33 tahun perkahwinan

Shila Amzah tepis dakwaan ibu bapa sudah bercerai, hanya lalui fasa sukar selepas 33 tahun perkahwinan. Shila Amzah baru sahaja diuji dengan keretakan rumahnya, kini ibu bapanya juga turut berdepan masalah sama.

Datuk ND Lala dan Datin Fauziah kini bergelut dengan masalah perkahwinan selepas 33 tahun hidup bersama.

“Dia ibarat separuh pokok bergoyang, memang mereka melalui waktu sukar tapi tidak lagi bersama itu tidak betul.

“Selepas 30 tahun berkahwin mereka sedang melalui fasa sukar. Saya harap doakan yang terbaik untuk mereka terutamanya ibu saya. Kebetulan apabila saya diuji, ibu saya pun turut diuji”, katanya.

Akui bukan mudah untuk dirinya menjadi kuat dalam menupuh cabaran yang dihadapinya itu. Penyanyi lagu Masih Aku Cinta itu menerima takdir yang tertulis dengan hati yang terbuka.

“Saya kena jadi kuat untuk keluarga kerana saya tulang belakang mereka. Saya melihat ini jalan yang sudah tertulis untuk saya. Apa yang terjadi ada hikmah.

“Saya bersyukur dengan segala nikmat Allah bagi dan ujian yang diberikan, kerana pada saya kita memang kena seimbangkan. Saya cukup takut sekiranya hanya dilimpahi nikmat sebab kita ini manusia biasa. Takut berlaku takbur dan riak”, ujarnya.

Pada Ahad lalu, Shila tampil memohon maaf kepada media yang terguris hati dengan tindakannya hingga dia diboikot.

Baca juga: Duit boleh buat beli rumah, Shila Amzah kesal saman wartawan 7 tahun lepas.
Baca Juga: Selepas Kit Siang, Anwar Ibrahim pula disahkan kena Covid-19