‘Mak nyah’ nekad guna tandas awam, wanita muslim pula disuruh betulkan tudung di surau

Isu golongan wanita jadian kini sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Ia kerana golongan ini sudah pandai meminta hak wanita dengan menggunakan tandas seperti wanita yang lain.

Sumber: Twitter

Sebelum ini, seorang lelaki yang merupakan transgender enggan beredar dan memberikan ruang kepada wanita muslim untuk membetulkan tudung mereka.

Seorang individu @hanabelie meluahkan pandangan peribadinya dengan meminta para muslimah di luar sana membetulkan tudung di dalam surau.

Sumber: Twitter

“Awak boleh betulkan hijab di tempat lain dan mungkin di surau. Jangan buat drama,”ciapnya

Dia juga mendakwa sikap dramatik pengguna muslimah lain akan menyebabkan penganut agama lain kurang senang.

Wanita ini juga mengingatkan aurat seorang wanita bukan sahaja kepada lelaki namun juga kepada wanita bukan beragama islam.

Namun ciapan wanita tersebut menerima kecaman kerana mendakwa wanita ini tidak pernah ke surau kerana tidak tahu menahu mengenai saiz cermin di surau yang lebih kecik berbanding di tandas.

Keadaan di dalam surau juga membuatkan susah untuk para muslimah membetulkan tudung mereka disebabkan saiz cermin yang kecil dan pengguna yang ramai.

Baca juga: “Terpaling pandai english”- Cara wanita ini baca mesej luahan perasaan secara terbuka undang kecaman netizen