Makan suplemen boleh jadi punca kerosakkan buah pinggang

  • Post author:

Makan suplemen boleh jadi punca kerosakkan buah pinggang. Sudah menjadi lumrah manusia sentiasa mahu kelihatan lebih cantik daripada orang lain di muka bumi ini.

Jadi tidak hairanlah jika mereka menhganiskan duit untuk membeli suplemen dan multivitamin yang dihasilkan pengeluar produk kecantikan dan kesihatan.

Di zaman media sosial ini, terdapat banyak pengeluran produk suplemen yang membimbangkan apatah lagi formulasi penghasilannya dilakukan tanpa kajian menyeluruh dan boleh memberi kesan kepada kesihatan pengguna.

Pakar Nefrologi dan Perubatan Dalaman Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah menjelaskan, punca utama kegagalan buah pinggang disebabkan pe­nyakit diabetes.

Katanya, berdasarkan kajian, lebih 70 peratus pesakit buah pinggang mengambil suplemen atau multivitamin sebelum didiagnosis berdepan dengan masalah tersebut.

Oleh itu, risiko pengambilan produk suplemen ini sangat tinggi. Kita sendiri tidak tahu bahan apa yang digunakan dalam menghasilkannya.

“Sebagai contoh, produk ada merkuri boleh merosakkan buah pinggang. Malah saya sendiri pernah dimarahi pemilik kilang yang menghasilkan produk sebegini apabila bersuara,” ujarnya.

Rafidah menjelaskan, pengguna jangan terlalu percaya dengan ‘overclaim’ akan keberkesanan sesuatu produk kerana itu ha­nya strategi pemasaran semata-mata.

Tegasnya, bagi mereka yang benar-benar memerlukan pro­duk-produk sebegitu dinasihatkan agar membuat pemeriksaan kesihatan serta meminta nasihat pakar tentang keperluan untuk mengambilnya.

“Jika kita salah ambil produk, ia boleh memberi kesan kepada kesi­hatan. Sebenarnya pesa­kit boleh mengambil tindakan mahkamah jika mereka mendapat masalah berpunca daripada pengambilan produk seumpama ini,” jelasnya.

Jadi tak perlu terlalu obses nak jadi cantik, kalau nanti ari-hari kena pergi pusat dialisis sebab buah pinggang rosak. Cantik pun dah tak berguna kalau tak sihat.

Baca Juga: Kes HFMD makin tinggi di Malaysia

Baca Juga: Teresa bidas Isham: ‘Mudah tuduh orang lain “bodoh” tapi boleh kena batang hidung sendiri’