Tular mengenai rakaman yang dibuat seorang wanita di Indonesia yang mendakwa dirinya malu untuk mengambil seluar dalam yang jatuh di atas jalan raya selepas menjemurnya.
Video rakaman mengenai kedudukan seluar dalamnya yang berada di sebuah persimpangan jalan menggunakan kamera telefon pintar itu dimuat naik dalam akaun Instagram @lagi.viral.
Dia mengaku malu untuk mengambil seluar dalam itu kerana ia jatuh pada kedudukan yang jauh dari jangkauannya lapor laman berita Suara.com.
“Saya jemur seluar dalam dan ia jatuh ke jalan raya. Nampaknya ditiup angin selepas dijemur. Sebaiknya perlu ambil atau tidak. Saya malu sumpah,” kata wanita itu.
Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen. Sebilangan netizen menyindir wanita itu kerana mengaku malu tetapi memuat naik video kejadian itu di media sosial.
Netizen sindir, kalau malu kenapa upload di media sosial
“Malu untuk mengambilnya tetapi tidak malu untuk merakam dan berkongsi kepada ribuan orang, tidak masuk akal,” kata seorang netizen.
“Minta tolong sahaja kanak-kanak ambil kak,” komen netizen lain.
Baca Juga: Padah tendang muka isteri akibat cemburu, lelaki bakal berdepan penjara 2 tahun
Baca Juga: Bahaya tidak jaga jarak, pemandu kongsi cara selamat elak ‘cium’ kereta depan