Malu nak sanding lepas 6 bulan bernikah, Zizi dan Yusuf buat majlis kesyukuran

Malu nak sanding lepas 6 bulan bernikah, Zizi dan Yusuf buat majlis kesyukuran. Pasangan selebriti Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin bernikah pada 19 September tahun lalu.

Pasangan itu telah diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Grand Kaca Wedding Hall, Durian Tunggal, Melaka, semalam. Dalam majlis tersebut, Zizi dan Yusuf mengenakan persalinan rekaan pereka Shanell Harun dan ditatarias oleh Sharhim Khan.

Tidak seperti pasangan lain, Zizi berkata dia dan suaminya malu untuk bersanding di pentas pelamin pada majlis Raikan Cinta Yusuf dan Nur. Tambah Zizi lagi, acara diadakan itu lebih kepada majlis kesyukuran bagi meraikan keluarga dan rakan terdekat.

“Malu kami nak bersanding. Sebenarnya, kami lebih pada nak buat majlis kesyukuran dan santai saja. Jadi, kami mahu raikan dengan kaum keluarga dan rakan terdekat. Lagi pun, kami malu bersanding. Dari awal lagi kami memang nak majlis ini santai, tetamu datang makan, berjumpa, bergambar dan dengar persembahan qasidah.

“Semalam ada keluarga saya datang dari Sabah, keluarga Yusuf, kawan-kawan, anak tahfiz dan beberapa tetamu kenamaan (VIP). Memang itu saja jemputan kami. Persembahan pun daripada kumpulan qasidah Ar-Rayyan saja. Pentas yang ada memang untuk qasidah. Selesai majlis, baru kami bergambar dengan keluarga di pentas,” jelasnya.

Penyanyi lagu ‘Pijak’, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Md Tahil, 37, berkata, tetamu yang hadir semalam turut bertanya kenapa mereka tidak bersanding.

“Semalam, masuk dewan kami terus duduk di meja makan beradab. Orang ingat terus ke pentas, tapi tak ada. Memang kami nak macam itu saja. Selalu dah naik pentas. Kali ini, nak lebih bermesra dengan tetamu kami. Sampai kumpulan qasidah pun terkejut dan tanya kami tak sanding ke? Sebab pentas memang untuk mereka saja dan saya menyanyi pun di tepi saja,” ujarnya.

Sementara itu, Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin, 30, berkata, dia dan Zizi sudah memasang niat lebih kepada majlis kesyukuran.

“Kami buat majlis tu bukan acara resepsi untuk persandingan kami. Saya dan Zizi niat nak berkumpul dengan keluarga dan sahabat handai saja. Lebih kepada nak meraikan tetamu yang sudi hadir. Selepas semua sudah selesai baru kami naik pentas untuk bergambar dengan keluarga dan rakan-rakan,” katanya.

Baca Juga: Kisah sedih pemain Liverpool pernah berlapar, main bola tanpa kasut tapi sekarang mampu bagi duit tiap bulan pada orang kampungnya sendiri

Baca Juga: Mengapa MySejahtera dijual?