Mama jangan, pedih! sakit.. abah wat.. abah pegang kemaluan, punggung – Wanita tekad buat laporan polis terhadap suami sendiri

Wanita tekad buat laporan polis terhadap suami sendiri selepas mencabul anak kandung mereka di rumah ibu mertuanya. Pengguna Facebook dikenali sebagai Natipah Abu yang berkongsi kisah hitam yang terjadi kepada anak kandungnya telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Natipah menceritakan bagaimana anak perempuannya telah menjadi mangsa cabul oleh suaminya sendiri yang merupakan bapa kandung kanak-kanak tersebut.

Suami minta bawa anak keluar selepas bertengkar dengan isteri

Kisah bermula apabila berlaku pertengkaran antara dia dan suami lalu suaminya meminta izin untuk membawa anak mereka ke rumah ibu mertuanya.

Namun, sebaik pulang dari rumah mertua, anaknya terus memeluk erat dalam keadaan teresak-esak sambil memberitahu mulutnya sakit sambil menunjukkan mulutnya.

Malah, apabila ditanya apa yang dimaksudkan oleh kanak-kanak tersebut, dia telah memegang alat kemaluan ibunya seperti mencari sesuatu.

Berasa tidak sedap hati, dia terus membawa anaknya ke dalam bilik air namun apabila mahu membuka seluar, anaknya tiba-tiba menangis.

“Mama jangan, pedih! sakit.. abah wat.. abah pegang kemaluan, punggung.”

Apa yang lebih menyedihkan, ketika wanita itu ingin memakaikan pampers untuk anaknya yang berusia 2 tahun itu, dia mendapati kemaluan anaknya merah dan berada dalam keadaan yang ‘lain’.

Malah, anaknya sendiri telah menunjukkan sendiri aksi yang diperlakukan terhadapnya kepada wanita itu.

“Adik diri, abah duduk macam ni macam ni.. Abah boh ubat mulut ni.”

Akhirnya, wanita itu telah memutuskan untuk membawa anaknya ke hospital dan kini sedang dalam proses menuntut keadilan buat anaknya.

Selalunya wanita dipersalahkan, katanya baju terlalu ketat, aurat terbuka. Jadi apa salah budak ini? Kenapa figura lelaki yang sepatutnya melindunginya yang tergamak melakukan perbuatan terkutuk seperti ini.

Baca Juga: Pakcik dulu kecil-kecil baik sangat ke? – Netizen berang lihat orang tua tolak kanak-kanak dalam masjid

Baca Juga: “35mm cuma diarah oleh penjual air balang”- Filem kedua dibandingkan dengan Mat Kilau, ini jawapan Syahmi