Mandi lepas makan boleh sebabkan buncit?

Mandi lepas makan boleh sebabkan buncit? Tidak ini semua mitos sahaja yang dipercayai orang-orang dahulu.

Menerusi perkongsian di twitter, pengguna @Khairul_hafidz memaklumkan bahawa perut buncit/boroi adalah akibar daripada pengambilan kalori yang melebihi kalori yang dibakar.

Mandi selepas makan tidak menurunkan suhu badan kerana badan ada regulasi suhu yang baik.

Proses menjadi buncit atau boroi ini adalah satu proses yang lama akibat pengambilan kalori yang berlebihan. Bukan sekali mandi selepas makan terus jadi boroi. Secara amnya tiada kena mengena lansung di antara mandi selepas makan dengan menjadi buncit.

Regulasi badan kita tidak menjadi masalah, kalau mengikut logik, orang yang duduk di eropah atau antartik akan semulajadi buncit kerana suhu di sana adalah lebih sejuk. ini berdasarkan kefahaman orang yang menyatakan mandi boleh menurunkan suhu badan seseorang.

“Macam saya sekarang ni badan tengah naik, memang saya tahu sekarang saya makan tak jaga sangat. It is all about calotie and calorie out. Kalau orang jaga asupan kalori, mandi lama mana lepas makan pun, tak juga buncitnya”, ciapan dari Khairul Hafidz.

Khairul turut menambah suhu badan akan kekal dalam julat 36-38 darjah celcius.

Baca Juga: Rakyat Indonesia resah stok maggi Indomie di pasaran berkurangan gara-gara perang Ukraine-Rusia

Baca Juga: Dipenjara selepas hempas besi pemberat 20 kg atas kepala rakan