Mari kita kenali erti warna baju penjara yang putih dengan kolar merah tu boleh ucap ‘goodbye’. Kerap kali kita melihat banduan memakai baju dengan pelbagai warna semasa di dalam penjara.
Hakikatnya, setiap warna baju tersebut mempunyai maksud yang melambangkan peringkat kesalahan yang mereka lakukan.
Mari kita kenali erti di sebalik warna-warna ini.
Ungu
Baju ungu dikenakan kepada tahanan reman, iaitu Orang Kena Tuduh (OKT) yang sedang menjalani proses perbicaraan mahkamah. Mereka akan kekal direman selagi hukuman tidak diputuskan, kecuali jika dijamin. Beberapa penghuni tanpa jaminan juga mungkin terdapat dalam kes-kes mahkamah yang lebih serius.
Putih
Baju dan seluar putih diperuntukkan kepada banduan yang menjalani hukuman singkat di bawah tempoh 6 bulan atas pelbagai kesalahan yang dikenakan oleh mahkamah. Mereka perlu mengikuti program kesedaran dan pemulihan yang dijalankan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebelum dibebaskan.
Merah
Baju merah dikenakan kepada penghuni penjara yang menjalani hukuman lama, iaitu 6 bulan ke atas. Merah merupakan warna baju peringkat pertama, juga dikenali sebagai peringkat ‘kolar merah’. Mereka perlu memakainya selama 3 bulan dan mengikuti program pemulihan yang dinamakan Program Permodalan Insan (PPI).
Hijau
Peringkat ‘kolar hijau’ adalah yang akan dipakai selepas 3 bulan hingga 18 bulan (1 tahun, 6 bulan) menghuni penjara. Mereka menjalani program (PPI) Fasa 2, yang melibatkan Fasa Pengukuhan Sahsiah dengan pembelajaran ‘Halaqah’ untuk agama dan ‘Therapeutic Community’ untuk terapi kemasyarakatan.
Biru
Peringkat ‘kolar biru’ adalah mereka yang telah menghuni penjara lebih dari 18 bulan. Golongan ini termasuk ‘banduan seumur hidup’ dan ‘banduan hayat’. Mereka telah menyelesaikan fasa pembelajaran PPI dan layak untuk bekerja di bengkel-bengkel yang disediakan di dalam penjara.
Hijau Florescent
Peringkat ‘hijau terang’ atau ‘hijau florescent’ merujuk kepada banduan ‘Pra-Bebas’. Mereka asalnya memakai baju merah, hijau, atau biru. Mereka yang memakai baju ini mempunyai baki hukuman kurang daripada 3 bulan sebelum dibebaskan dan bekerja di luar penjara di bawah seliaan pegawai penjara.
Putih dengan Kolar dan Lengan Merah
Baju ini dikategorikan sebagai ‘banduan akhir’ (BA). Mereka sedang menunggu keputusan sama ada untuk menjalani hukuman gantung atau menunggu keputusan rayuan Mahkamah Agong untuk mengurangkan ‘hukuman mati’ kepada ‘hukuman hayat’.
Oren
Pada fasa ini, mereka belum dikategorikan sebagai banduan. Baju oren ini adalah bagi tahanan polis atau Orang Kena Tuduh (OKT) yang masih di bawah tahanan polis sepenuhnya.
Dengan mengetahui makna warna-warna ini, kita dapat lebih memahami peringkat kesalahan dan hukuman yang dikenakan kepada banduan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Baca juga: Tunjuk gelas Starbucks ketika bersiaran, pembaca berita ini dipecat serta merta