Masak kat Gurney, berniaga kat Sungai Ara, basuh kat Paya Terubong – Netizen keliru kes Nasi Ayam dan Itik Sungai Ara

Tular mengenai kes Nasi Ayam dan Itik di Sungai Ara yang dikatakan mengambil itik dari gerai cina yang juga menjual babi. Menbangkitkan persoalan sama ada itik itu halal ataupun tidak.

Kes ini timbul apabila video menunjukkan dua pekerja dari restoran itu menghantar flask berisi nasi dan itik yang dikatakan lebihan daripada jualan yang tidak terjual di gerai tersebut.

Namun netizen menyelar perbuatan itu apabila dia menyatakan bahawa nasi selalunya terjual dalam masa tiga jam sahaja dan tidak pernah ada lebihan seperti yang dikatakan pekerja tersebut.

@shaziktv

Penjelasan dari owner nasi itik viral di Penang. Masak kat gurney, berniaga kat sungai ara, basuh kat paya terubong. Hahaa 🤣 #nasiitik #nasiitiksungaiara #nasiitikviral #nasiitikpenang #sungaiarapenang #penangfoodie #penang

♬ original sound – shazikTV – shazikTV

Para netizen juga mempersoal tindakan mereka yang memasak di tempat lain, basuh di tempat lain dan memilih untuk berniaga di tempat lain. Kenapa semua itu tidak dilakukan pada satu tempat sahaja.

“Kalau budak budak muda ni owner nasi viral ni, yang food court ni tempat mereka masak ni memang atas nama mereka ke tak? Boleh someone siasat?, komen Maderdoll di Tiktok

Macam pelik je. Tinggal bekas nasi dngn lauk semua untuk cina tu ambil sisa mkanan tu. Dia kedai besar kot, Macam pusing-pusing cerita je tengok,” komen Selehjgr

Ranai persoal kenapa bagi lebihan makanan kat kedai Cina dan beri alasan tak munasabah untuk mengukuhkan cerita mereka.

“Pergi sana untuk bagi makanan lebih? Nak tumpang basuh? Nak tukar duit? maaf, aku susah nak percaya.

Kami memang tak akan buang makanan kami, tapi kami bagi kat cina tu sebab dia nak bagi anjing dia makan. Baik “anda yang cari bagi sendiri, minta tolong mereka basuh? tahu tak tu kedai apa.”

Jika betul apa yang tular itu hanyalah fitnah, kenapa pusing cerita dan tak terus tunjuk bukti daripada pembekal ayam itik mereka. Kalau sekadar jelaskan cara masak mungkin tiada siapa yang peduli.

Ayam dan itik yang tidak disembelih betul tetap boleh dimasak, sebaliknya mereka perlu tunjukkan bukti yang jelas.

Kalau ini adalah fitnah, anda dedahlah pembekal ayam itik  anda, minta mereka tunjuk bukti. Contoh resit-resit daripada mula ambil dengan supplie,” komen netizen.

Baca Juga: Hilang masa cari daun kelapa sawit, wanita tua ditemui selamat dengan secekak lidi sudah siap diraut

Baca Juga: ‘Sampaikanlah walau sepotong ayat’, tazkirah pemuda ini di dapur McDonald’s raih pujian