Masih Islam, Syazwan Zulkifli hanya pakai tatu sementara

  • Post author:

Masih Islam, Syazwan Zulkifli hanya pakai tatu sementara. Tidak mahu menyebabkan kekeliruan pelakon berbakat besar itu tampil menjelaskan berkenaan tatu yang kelihatan pada kedua-dua tangannya.

Memetik Utusan, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini berkata tatu berkenaan bukanlah jenis kekal, sebaliknya pelekat sementara yang dipakai untuk menjayakan sebuah drama pendek.

“Ini tatu sementara. Ia seperti pelekat yang boleh dihilangkan atau dicuci.

“Tatu ini saya pakai untuk beberapa hari sahaja. Sementara penggambaran belum selesai.

“Jangan risau, saya orang Islam dan masih ada ibu. Tidak logik kalau saya melakukan tatu sebenar,” jelasnya.

Syazwan sebolehnya tidak mahu mengambil peduli pandangan orang mengenai tatu terbabit namun jika ada yang bertanya dia akan menjelaskan tatu tesebut.

“Saya tidak pernah risau tentang tanggapam orang bila melihat saya dalam keadaan bertatu begini sebab saya pelakon dan boleh bawa pelbagai watak dan imej.

“Kalau orang tanya saya akan jelaskan ia bukan tatu sebenar dan ia hanya untuk lakonan semata-mata,” katanya.

Baca Juga: 27 tahun rahsiakan identiti, Myra lega isu sudah selesai

Baca Juga: Kenali jenis manusia toksik di tempat kerja