Masjid Besar Hagia Sophia Turki buka semula selepas 88 tahun untuk solat tarawih, Masjid yang terletak di Istanbul itu akan mengadakan solat tarawih pertama untuk Ramadan tahun ini.
Menurut Agensi Anadolu (AA), beberapa acara untuk Ramadan juga akan diadakan di masjid itu.
Masjid itu telah diubah suai pada tahun 1934 untuk menjadi sebuah muzium. Tahun 2020 menyaksikan masjid itu dibuka semula untuk kegunaan ibadah pada 24 Julai 2020.
Namun disebabkan oleh Covid-19 yang melanda dunia, Turki tidak membenarkan sebarang aktiviti ibadah di masjid tersebut bagi mengelak risiko jangkitan,
Bagaimanapun, pihak berkuasa Turki memutuskan untuk membuka semula masjid itu pada Ramadan berikutan kebanyakan penduduk sudahpun divaksin dan jumlah kes baharu dan kematian semakin menurun.
Hagia Sophia dibina pada 532 SM dan dijadikan masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul.
Ia digunakan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium. Dari 1453 hingga 1934, kini sudah hampir 500 tahun Hagia Sophia berfungsi sebagai masjid.
Memetik BERNAMA, pada 1985, Hagia Sophia telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.
Hagia Sophia juga merupakan antara destinasi pelancongan utama Turki dan terus dibuka untuk pelawat dari dalam dan luar negara.