Mati selepas 24 ham peluk Islam lelaki ini merupakan pekerja di sebuah pasar raya tidak mempunyai keluarga dan selama ini dikelilingi rakan sekerja yang kebanyakannya beragama Islam.
Apabila mengetahui hayatnya tidak akan lama di dunia, Anthony Mark Wainwright menyatakan hasratnya kepada rakan-rakan agar majlis pengebumiannya dilakukan berhampiran dengan masjid.
Lalu setelah mendengar rakan muslimnya, menjelaskan bahawa hasrat itu tidak dapat ditunaikan jika dia belum memeluk Islam.
Mendengar perkara itu, Anthony terus meminta untuk memimpinnya mengucapkan dua kalimah Syahadah.
Selang 24 jam pada hari Jumaat, Anthony menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 60 tahun.
Pengebumiannya dihadiri puluhan penduduk setempat yang beragama Islam di Green Lane.
Beliau merupakan lelaki warga emas di Birmingham, England, meninggal dunia selepas 24 jam memeluk Islam, pada 28 Julai lalu.
Menerusi sumber ilmfeed, Anthony Mark Wainwright melafazkan ucapan Syahadah ketika terlantar di atas katil di sebuah hospital.
Lelaki itu terdahulu disahkan menghidap kanser dan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.
“Pekerja Islam yang bekerja di pasar raya itu melayannya seperti keluarga sendiri,” tulisnya dalam video itu.
Video tentang penghijrahannya telah menarik perhatian pengguna media sosial dan ramai yang mendoakannnya.
Baca juga: Niat untuk hidup bersama-Wanita 41 tahun nikahi anak sahabat jarak umur 25 tahun