Mayat anak Gabenor Indonesia akhirnya ditemui

Mayat anak Gabenor Indonesia akhirnya ditemui selepas 14 hari dilaporkan hilang ketika sedang berenang di Sungai Aare, Switzerland, Emmeril Kahn Mumtadz ditemukan oleh pihak polis Switzerland pada Khamis.

Menurut pihak polis, pihaknya menemui jasad Emmeril atau lebih dikenali dengan pangilan Eril pada jam 6.05 pagi Rabu (waktu tempatan) di kawasan empangan Engehalde.

Jasad dalam keadaan tidak bernyawa itu ditemukan terapung di permukaan air, lapor pihak berkuasa Switzerland.

Duta Besar Indonesia ke Switzerland, Muliaman Hadad dalam satu kenyataan memaklumkan, mayat telah dihantar ke pasukan forensik untuk tujuan pengecaman dan siasatan lanjut.

Kemudian pada Khamis, pihak berkuasa Switzerland mengesahkan bahawa jasad itu sememangnya milik Eril yang juga anak sulung dalam keluarganya.

Menurut sumber, jenazah akan dibawa seawalnya pada Sabtu ini dengan urusan pengebumian bakal dibuat sebagai seorang Muslim.

Sebelum ini tular mengenai Eril yang dilaporkan hilang ketika berenang bersama adiknya Camillia Laetitia Azzahra dan rakan mereka di sungai yang panjangnya melintasi tiga wilayah Bern, Solothurn dan Aargau serta empat danau iaitu Danau Brienz, Thun, Wohlen dan Biel.

Sejurus selepas berita kehilangan Eril diuar-uarkan media tempatan dan Indonesia, Ridwan serta isterinya, Atalia Praratya ‘berkampung’ di Swtizerland untuk membantu usaha operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Baca Juga: Lihat beg aneh terapung di laut, rupanya berisi mayat bayi perempuan

Baca Juga: Doktor bedah dari Kuching bengang AirAsia tukar ‘flight’ ikut suka. Akhirnya ini yang terjadi…