Mayat lelaki warga emas ditemui tergantung dalam sebuah perigi di Pasir Panjang, di sini semalam.
Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai penemuan itu pada 11 pagi.
“Siasatan dijalankan di lokasi, bersama pasukan forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.
“Pemeriksaan awal setakat ini tidak menemui sebarang perlakuan jenayah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Aidi Sham berkata, siasatan lanjut dijalankan dengan mangsa disahkan lelaki berusia 66 tahun dan tidak bekerja.
Ada sejarah perubatan di Klinik Psikiatrik
Katanya, warga emas itu juga mempunyai sejarah perubatan di Klinik Psikiatrik Hospital Port Dickson sejak 23 Oktober tahun lalu dan kali terakhir menjalani rawatan susulan pada 7 Jun lalu.
“Bedah siasat dijalankan hari ini bagi menentukan sebab kematian. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.
Baca Juga: Bunuh saudara hidap Albino, jadikan bahagian tubuh mangsa sebagai ‘tangkal’
Baca Juga: Potong jalan raya sempit sampai hampir berlanggar, polis buru pemandu Hilux