Mayat model kelahiran Rusia yang pernah melabel Presiden Rusia, Vladimir Putin ‘psikopat’, ditemui mati disumbat di dalam bagasi pakaian lebih setahun selepas dilaporkan hilang.
Gretta Vedler, 23, dibunuh sebulan selepas dia memuat naik hantaran di sosial media menggelar Putin ‘psikopat’ dan meramalkan usahanya untuk ‘meningkatkan integriti Rusia’ akan berakhir dengan tangisan.
Menurut Daily Mail, bekas teman lelaki, Dmitry Korovin, 23, telah mengaku membunuhnya lebih setahun lalu dengan mencekiknya selepas pertikaian wang di Moscow dan bukan disebabkan pandangan politik dan analisis minda serta motif Putin.
Dia memberitahu penyiasat dia tidur bersama mayat mangsa di hotel selama tiga hari sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam bagasi yang baru dibeli.
Kemudian dia memandu mayat mangsa sejauh 300 batu ke wilayah Lipetsk dan meninggalkannya di dalam but kereta selama lebih dari setahun.
Dia memuat naik hantaran menerusi sosial media model tersebut untuk membuat rakannya percaya bahawa model tersebut masih hidup.
Salah seorang rakan mangsa iaitu Evgenly Foster merasa curiga dan ianya membuat individu tersebut nekad mendapatkan bantuan seorang rakan di Moscow. Hasil laporan tersebut, mayat Gretta akhirnya ditemui di dalam beg pakaian selepas setahun menghilang.
Baca juga:
https://malaysiadateline.com/pengeluaran-khas-rm10000-kwsp-dibenarkan/
https://themalaysialife.com/sempadan-dah-dibuka-jom-pergi-thailand-harga-marhaen-je/