Mekkah jadi pusat emas dunia apabila jumpa emas sepanjang 100 kilometer

Dah kaya, Arab Saudi jumpa emas sepanjang 100 kilometer berpotensi sebagai pusat penemuan emas dunia dan sebahagian daripada strategi pertumbuhan syarikat mereka.

Arab Saudi mengumumkan penemuan emas itu di selatan lombong Mansourah Massarah, kawasan pentadbiran Al Khurmah di wilayah Makkah, lapor portal Saudi Gazette.

Ia adalah penemuan pertama di bawah program penerokaan meluas yang dilancarkan pada 2022.

Syarikat perlombongan dikenali sebagai Maaden berkata, pihaknya menemukan banyak kawasan yang kaya dengan emas dan menunjukkan potensi untuk mengembangkan perlombongan logam berharga itu di kawasan itu.

“Penemuan ini menjadi bukti potensi sumber mineral yang belum diterokai di Arab Saudi dan menjadikan perlombongan sebagai tonggak ketiga ekonomi Saudi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Maaden, Robert Wilt.

Dilaporkan, sebanyak 67 peratus saham Maaden dimiliki oleh Public Investment Fund (PIF), dana kekayaan kerajaan yang juga syarikat perlombongan terbesar di rantau Teluk.

Mansourah Massarah adalah lombong emas terbaharu, terbesar dan paling maju dari segi teknologi di Arab Saudi.

Baca juga: Gara-gara tak puas hati hadiah Krismas, adik 14 tahun bunuh kakak