Menang besar! Lelaki ini tak sangka menang RM28.9 juta lepas beli kasut anak

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah yang dapat digambarkan apabila seorang lelaki bykan Islam daripada Raub telah memenangi RM28.9 juta selepas beli kasut anaknya.

Kemenangan yang diumumkan pada 18 Jun itu diperoleh daripada siri khas sempena Hari Bapa. Pemenang ini yang enggan namanya didedahkan berkata, apa yang berlaku adalah kebetulan semata-mata.

Pada masa itu dia membawa anak membeli kasut baharu di sebuah kedai bersebelahan kedai loteri. Waktu itu pekerja kedai itu memanggilnya dan menggalakkan nya membeli tiket yang dipaparkan di tingkap.

Tanpa berlengah dia yang sentiasa mempunyai nombor pilihan terus membeli tiket loteri itu bagi mencuba nasib. Pada mulanya, dia tidak menyedari telah dipilih sebagai pemenang. Bagaimanapun, isterinya bertindak pantas dengan membuat semakan lanjut.

“Kami sudah pun berbincang tentang tiket pilihan bertuah yang saya beli pada hari sebelumnya, dan isteri saya mempunyai firasat bahawa ia boleh menjadi nombor pilihan bertuah.

“Nombor pilihan bertuah saya 6736 (Hadiah ke-2) + 0651 (hadiah ke-3) adalah nombor jackpot yang menang,” katanya teruja.

Dia yang masih tidak percaya dengan kemenangan tersebut terus pergi ke kedai berkenaan untuk memastikan perkara itu. Dia berterima kasih kepada penjual yang menggalakkannya membeli tiket pilihan bertuah itu sambil mengakui usaha penjual yang menarik perhatian dan membuatkan dia membeli tiket itu.

Bagaimanapun, umat Islam adalah haram sama sekali untuk berjudi kerana mendatangkan mudarat dan bahaya terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat yang akhirnya boleh memberi kesan yang buruk kepada negara.

Baca juga: Sarung cincin besi pada kemaluan, lelaki warga Rohingya dikejarkan ke hospital